Reka bentuk makanan

 
2.6 Reka bentuk makanan
 

1. Reka bentuk : pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

2. Makanan : sesuatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair dan dihasilkan daripada haiwan atau tumbuhan

3. Reka bentuk makan : aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makan yang melibatkan inovasi dan kreativiti

  • dipengaruhi oleh permintaan, budaya, sosial, tempat dan cara hidup sesebuah masyarakat

4. Aspek reka bentuk makanan

  • proses kaedah dan ruang tempat produk diproses diedarkan dan digunakan 
  • makanan dari segi estetika, komunikasi dan perwakilan 
  • semua aktiviti komunikasi yang dilaksanakan untuk mempromosikan produk makanan
  • peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk menyediakan dan mengambil makanan

5. Kepentingan reka bentuk makanan

  • kebebasan memilih kepada pengguna
  • menzahirkan nilai estetika
  • melindungi etika sosial
  • memberikan faedah kepada pengusaha
  • pembangunan sais dan teknologi moden
  • kepelbagaian etika budaya

6. Alatan : perkakasan yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan sesuatu makanan

  • Alatan memotong 
  Alatan Keterangan
rbt t2b2.6 1 Pisau tukang masak
  • Boleh memotong semua jenis bahan masakan atau makanan
  • Bentuk pisau ini raya dan melengkung di bahagian hujung matanya
rbt t2b2.6 2 Pisau bergerigi
  • Digunakan untuk memudahkan memotong bahan makanan yang lembut namun mempunyai permukaan kulit yang keras
  • Bentuk pisau ini panjang, mendatar dan mempunyai mata yang bergerigi
rbt t2b2.6 3 Pisau penyisih
  • Digunakan untuk memisahkan daging daripada tulangnya, membuang urat dan lemak pada daging dan memisahkan isi ikan daripada tulang
  • Pisau ini mempunyai bentuk bilah yang melengkung dan mengecil di bahagian hujung
rbt t2b2.6 4 Pisau paring
  • Digunakan untuk memotong buah-buahan, sayur-sayuran, keju dan mengupas bawang
  • Mata pisau ini berbentuk melengkung di bahagian hujing
rbt t2b2.6 5 Pisau bulan sabit
  • Digunakan untuk memotong halus herba dan sayur-sayuran lain
  • Pisau ini berbentuk melengkung serta mempunyai dua pemegang
rbt t2b2.6 6 Pisau pengupas
  • Digunakan untuk membuang kulit sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Bentuk matanya seperti pisau pencukur
 
  • Alatan membentuk dan mengukir 
 
  Alatan Keterangan
rbt t2b2.6 7 Pisau ukir
  • Digunakan untuk mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Bentuknya kecil, pendek dan melengkung serta mempunyai bentuk yang pelbagai
rbt t2b2.6 8 Pisau turning
  • Digunakan untuk membentuk, merapi dan membuang kulit buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Bentuk bilah pisau ini melengkung
rbt t2b2.6 9 Parisian scoop
  • Digunakan untuk mendapatkan bentuk bulat pada makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Ringan dan terdapat dalam pelbagai saiz
rbt t2b2.6 10 Penerap
  • Digunakan untuk membentuk doh, sayur-sayuran berubi dan juga buah-buahan
  • Mempunyai pelbagai bentuk dan saiz
 
  • Alatan menghias 
    • komponen untuk memberikan rupa bentuk yang menarik pada setiap reka bentuk makanan
    • alatan yang digunakan untuk kerja menghias makanan jenis pastri dan kek
 
  Alatan
rbt t2b2.6 11 Pisau pelepa
rbt t2b2.6 12 Redai kek
rbt t2b2.6 13 Meja pemutar kek
rbt t2b2.6 14 Tiub aising
Piping Bag / Pastry Bag ~ Blog Kakwan Beg aising
 
  • Alatan menghidang : menghidang bagi reka bentuk susunan makanan di dalam pinggan memerlukan peralatan menghidang yang bersesuaian dengan jenis reka bentuk makanan yang direka