Aplikasi Teknologi Bahagian 2

7. Perkakasan : peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan 

 
Alatan Perkakasan Keterangan
rbt t2b2.6 16 Pengisar pelbagai guna
  • Digunakan untuk mengisar pelbagai jenis makanan
  • Lebih menjimatkan masa dan tenaga untuk melakukan pengisaran
rbt t2b2.6 16 Mesin pengisar jus buah-buahan
  • Digunakan untuk membuat jus buah-buahan dan sayuran 
  • Menjimatkan masa dan tenaga untuk menghasilkan jus
rbt t2b2.6 16 Pengadun roti 
  • Digunakan unruk mengadun adunan roti dan boleh terus dibakar 
  • Dapat menjimatkan masa dan tenaga
rbt t2b2.6 16 Mesin mengadun
  • Digunakan untuk mengadun semua jenis adunan untuk membuat kek, biskut, roti, mi dan pasta
  • Membantu mempercepat proses mengadun bahan
  • Tekstur adunan lebih cantik dan lembut
rbt t2b2.6 16 Periuk nasi elektrik
  • Digunakan untuk memasak nasi 
  • Dapat menjimatkan masa dan tenaga
rbt t2b2.6 16 Ketuhar elektrik
  • Digunakan untuk membakar makanan 
  • Lebih menjimatkan masa dan tenaga
rbt t2b2.6 16 Pengukus elektrik
  • Digunakan untuk mengukus makanan
  • Kebersihan makanan menggunakan pengukus elektrik lebih terjamin
  • Jangka masa memasak lebih pendek
rbt t2b2.6 16 Ketuhar gelombang mikro 
  • Digunaakn untuk memasak makanan yang pelbagai dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro
  • Masa memasak menjadi lebih singkat
 

8. Maklumat yang perlu ada pada lakaran 

  • Bahan yang digunakan 
  • Prinsip reka bentuk
  • Elemen reka bentuk
  • Dimensi

9. Elemen reka bentuk 

 
Elemen Keterangan
Garisan Berkemungkinan dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi sama ada jelas atau abstrak
Rupa Elemen yang berbentuk dua dimensi dan rata 
Bentuk Elemen tiga dimensi yang mempunyai ketinggian, kelebaran dan kedalaman
Warna Elemen yang terdiri 2 sifat atau ciri
Nilai  Impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna
Tekstur Strukur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui perasaan atau sentuhan
Ruang Kawasan kosong di sekeliling objek, jarak atau rongga dalam sesuatu objek
Saiz Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
 
10. Prinsip reka bentuk : konsep digunakan untuk menyusun elemn-elemen bagi menjadikan satu struktur objek berkesan, bermutu dan menarik
 
Prinsip Keterangan
Keseimbangan Suatu konsep fizik yang menekankan kesamaan berat, terikan dan tumpuan pada satu objek berbentuk simetri
Kontras Pelbagai elemen yang berlawanan bagi memberikan impak yang lebih jelas kepada objek
Pengulangan Tumpuan pergerakan yang dihasilkan melalui perletakkan sesuatu elemen yang berulang-ulang
Keringkasan Menapis mana-mana elemen yang tidak diperlukan dan hanya mengekalkan elemen yang penting sahaja
Pergerakan Tindakan aliran yang akan memimpin pendanagn mata dan perasaan terhadap sesuatu
Penekanan Penumpuan kepada sesuatu melalui gabungan elemen-elemen yang dicadangkan
Pembahagian Hubung kait antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran
Kepelbagaian Penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk
Kesatuan  Penggabung elemen dapat membentuk imej, konsep atau idea yanf sempurna
Harmoni  Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif
 
11. Pembungkusan makanan : suatu mekanisme yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam memelihara produk bagi tujuan pengedaran, penstoran, jualan dan penggunaan.
 
Tanda jenama

Nama yang diberikan kepada sesuatu produk atau perkhidmatan 

Untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna

Tipografi Mencipta satu jenama kepada sesuatu produk penggunaan tipografi yang unik dan kreatif dapat menarik perhatian pengguna
Warna

Mewujudkan identiti sesuatu produk serta menyatakan sesuatu maksud

Memberi kesan secara langsung kepada reka bentuk pembungkusan makanan

Ilustrasi

Menggambarkan produk yang dibungkus

Perlu menarik, unik dan sesuai dengan reka bentuk makanan yang dibungkus

Reka bentuk Pembungkusan perlu menepati beberapa sifat: ergonomik, mudah dibawa, selamat digunakan dan mesra alam
Maklumat Setiap bungkusan mesti mempunyai maklumat yang perlu disampaikan kepada pengguna
Saiz Reka bentuk pembungkusan yang berlainan saiz dapat memberikan lebih banyak pilihan mengikut keperluan dan kehendak pengguna
 
12. Lima perkara penting yang perlu diingat semasa mereka bentuk makanan dalam pungan atau bekas
 
Keseimbangan Cara menyusun makanan
Bentuk Merancang bentuk dan susunan makanan
Tesktur Gabungan keseimbangan dan tekstur dalam pinggan
Rasa Gabungan bahan yang menghasilkan rasa yang unik
Saiz Perlu seimbang dengan saiz pinggan atau bekas
 

13. Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses mereka bentuk pembungkus makanan:

  • Menentukan sasaran pasaran dan demografi
  • Membentuk imej atau personaliti produk berdasarkan cita rasa dan keuntungan sasaran konsumer
  • Memasukkan informasi penting dengan padat dan tersusun
  • Pemilihan warna yang sesuai dalam pembungkusan makanan
  • Penggunaan imej yang tepat dengan produk
  • Pemilihan bahan pembungkusan yang mesra alam

14. Menilai reka bentuk makanan

  • Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk
  • Kandungan unsur simbolik, emosi,estetika dan penampilan
  • Kecenderungan fungsi dan praktikal
  • Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
  • Ergonomik