Reka bentuk akuaponik

 
2.5 Reka bentuk akuaponik
 
  • Menyatakan maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponik
  • Menjelaskan kelebihan reka bentuk akuaponik
  • Mengenal pasti komponen akuaponik
  • Melakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumat
  • Menganalisis lakaran reka bentuk akuaponik
  • Membina model reka bentuk sistem akuaponik
  • Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien 
 

1. Akuaponik : teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur dengan aktiviti hidroponik dalam satu pusingan air. 

2. Unsur: ikan, tanaman dan bakteria

3. Cara ketiga-tiga unsur tersebut beroperasi dengan :

  • ikan mengeluarkan sisa makanan yang mengandungi ammonia dan kotoran bagi tanaman 
  • bakteria yang ada akan menapis dan mengubah ammonia menjadi nitrat dan zat yang berfungsi sebagai baja kepada tanaman 
  • tanaman pula akan menyalurkan oksigen dan air yang bebas ammonia yang diperlukan oleh ikan

4. Tujuan akuaponik:

  • Mengekalkan kualiti air 
  • Mengurangkan kadar ammonia di dalam air 
  • Menjimatkan ruang
  • Menghasilkan dua jenis makanan manusia

5. Sistem kitaran akuaponik

 
Akuaponik secara takungan
  • Menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan tanaman
  • Ikan diperlihara di dalam bekas dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam
Akuaponik secara kitara
  • Menggunakan dua bekas tangki berasingan: tangki ikan dan bekas tanaman
  • Mempunyai kelebihan dari segi penyediaan oksigen untuk akar tanaman supaya lebih terjamin dan membuatkan tanaman lebih sihat selain mengurangi risiko busuk akar
 
6. Model akuaponik:
Jenis sistem Keterangan Kelebihan Kelemahan

Sistem raft

rbt t2b2.5 6

Tanaman diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar tanaman terendam di dalam air dengan menggunakan stereofoam atau span
  • Akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsung
  • Tumbuhan tumbuh lebih cepat dari sistem lain
  • Produktiviti sistem lebih tinggi dan digunakan secara meluas dalam komersial
  • Terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman kerana akar yang terendam di dalam air adalah sesuai untuk perkembangan bakteria patogenik yang menyebabkan reput akar

Sistem ebb & flow

rbt t2b2.5 4

Berfungsi dengan menggunakan loceng sifon yang mengalirkan air dari media penanaman apabila air sudah memenuhi media penanaman
  • Biofilter berlaku dalam media penanaman dan dapat mengurangkan kesukaran dalam mereka bentuk sistem akuaponik
  • Biji benih nurseri boleh ditanam terus pada media penanaman
  • Menggunaakn elektrik 24 jam 
  • Perlu memberikan penekanan dalam penyelenggaraan loceng sifon kerana kegagalan pada loceng sifon akan menyebabkan air melimpah, air di dalam kolam berkurangan dan ikan akan mati

Sistem NFT

rbt t2b2.5 5

Sistem yang tidak menggunakan media penanaman kerana akar tumbuhan menyentuh lapisan air yang mengalir
  • Air digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah sedikit
  • Pam yang digunakan agak kecil
  • Produktiviti yang memberikan hasil yang memuaskan 
  • Memerlukan penapis tambahan bagi menapis sebarang kekotoran masuk ke dalam tangki ikan
  • Penyemaian benih tidak boleh dilakukan secara terus
 

7. Mengenal pasti komponen akuaponik

  • Tangki ikan 
    • tempat untuk memelihara ikan dan sebagai sumber nutrisi bagi tanaman
    • Jenis: kolam simen, akuarium, kolam fiberglass, drum plastik
    • Penggunaan kolam berwarna gelap untuk menghalang pertumbuhan lumut
  • Bekas tanaman
    • tempat untuk menanam digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan air
  • Media tanaman
    • tempat untuk menanam tanaman digunakan dalam sistem akuaponik pasang surut atau kitaran sebagai proses pengawalan air
  • Sistem perpaipan 
    • rbt t2b2.5 7
  • Pam air
    • Digunakan untuk memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman 
    • Digunakan untuk menggerakkan air secara menegak
  • Penapis
    • Menyingkirkan pepejal dan penukaran arah air
    • Digunakan agar kualiti air menjadi bersih dan jenih

8. Elemen reka bentuk sistem akuaponik

 
Elemen Keterangan
Garisan Cantuman atau sambunagn siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak
Rupa Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
Bentuk Objel yang mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih daripada satu permukaan
Tekstur

Rupa, bentuk, jalinan pada permukaan objek, lukisan dan gambar

Saiz Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
Warna Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
Ruang

Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemn garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas

Nilai Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna
 
9. Prinsip reka bentuk sistem akuaponik
 
Prinsip Keterangan
Keseimbangan Seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau berbentuk simetri
Pengulangan Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk
Kontras Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
Kepelbagaian Aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza
Kesatuan Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
Keringkasan Idea kompleks yang diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas
Harmoni  Melihat sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kedamaian
Pergerakan  Cadangan tindakan atau arah berdasarkan sudut pandangan mata pada hasil reka bentuk
Penekanan Tekanan yang diletakkan di kawasan tunggal sesuatu kerja atau menyatukan tema visual
Pembahagian Hubung kait antara dua elemen berdasarkan kadar banding yang betul dalam ukuran seperti saiz, nombor, jumlah atau tahap
 
10. Langkah-langkah membina model sistem akuaponik
 

Sediakan alatan 

Sediakan komponen utaman dan  bahan yang hendak digunakan 

Buat pemasangan kerangka sistem akauponik

Sediakan bekas penanaman

Buat lubang dengan menggunakan mesin gerudi untuk meletakkan pasu kecil

Buat pemasangan sistem perpaipan air

Pasangkan sambungan paip 

Letakkan tangki ikan pada kerangka dan buat pemasangan pam dengan sistem perpaipan

Susun pasu kecil di dalam lubang pada bekas penanaman

Isi tangki ikan dengan air dan uji sistem akuaponik

 

11. Kriteria penilaian reka bentuk sistem akuaponik

  • Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk
  • Kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
  • kecenderungan fungsi dan praktikal
  • Ergonomik
  • Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran