Percanggahan fizikal

1.3 Percanggahan fizikal
 
  • Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal
  • Mencadangkan pemilihan prinsip inventif
  • Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip inventif
  • Menghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif
 
1. Kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan
 
Parameter Percanggahan fizikal
Saiz Besar - kecil
Beban Berat - ringan
Ketinggian  Tinggi - rendah
 

2. Permisahan ruang dipilih, jika percanggahan fizika berlaku pada masa yang sama

3. Permisahan masa dipilih, jika percanggahan fizikal berlaku pada masa yang berlaian 

4. Prinsip inventif bagi kaedah permisahan ruang

 
 
  Cadanagn Prinsip Inventif Penerangan Konsep
1. Pembahagian
  • Membahagikan objek kepada beberapa bahagian kecil
  • Menjadikan objek mudah dileraikan 
  • Meningkatkan darjah kebolehbahagian
  • Perubahan ke peringkat lebih kecil
2. Pengekstrakan
  • Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek
3. Kualiti setempat
  • Mengubah struktur objek dan pengaruh luaran daripada seragam menjadi tidak seragam
  • Menjadikan setiap bahagian objek memenuhi fungsi berbeza yang berguna
4. Penyarangan
  • Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam satu objek yang sama tetapi berlainan saiz
5.  Filem nipis dan cangkerang boleh lentur
  • Membalut, melapik atau membungkus objek menggunakan lapisan filem nipis dan cangkerang boleh lentur
6. Pengantara
  • Mengadakan bahagain baharu antara dua objek
  • Menggunakan objek atau proses pengantara
  • Mencantumkan dua objek secara sementara
7.  Tidak simetri
  • Mengubah bentuk satu objek daripada simetri menjadi tidak simetri
 
5. Prinsip inventif bagi kaedah permisahan masa
 
  Cadangan Prinsip Inventif Penerangan Konsep
1.  Kedinamikan 
  • Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak
  • Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak bergerak kepada bahagian yang bergerak, dan sebaliknya
2.  Tindakan awal
  • Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko
3. Tindakan berkala
  • Menukar tindakan berterusan kepada tindakan berkala
4.  Tindakan keterlaluan
  • Jika tindakan tidak berhasil, lakukan tindakan yang sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan agar dapat memudahkan penyelesaian
5.  Pengembangan terma
  • Menggunakan prinsip terma terhadap sesuatu bahan
6.  Pembuangan dan pemulihan
  • Membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya
7.  Tindakan berterusan yang berfaedah
  • Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan