Teknologi pembuatan 

 
2.1 Teknologi pembuatan 
 
  • Mengenal pasti teknologi pembuatan produk
  • Menghurailkan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden
  • Membanding beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam proses penghasilan produk
  • Membuat lakaran model 3D bermaklumat
  • Menganalisis lakaran model 3D
  • Membuat acuan model 3D
  • Membuat model 3D berdasarkan proses kerja secara acuan dan menggunakan pen 3D
  • Membuat kemasan model 3D menggunakan electrostatic dan electroplating
  • Menilai model 3D yang telah dihasilkan 
  • Menjana idea untuk penghasilan reka bentuk produk yang lebih efisien 
 

1. Teknologi pembuatan : satu kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan atau mesin

2.  Teknologi pembuatan produk dibahagikan kepada dua kaedah:

  • Kaedah kovensional
  • Kaedah moden 

3. Kaedah konvensional dan kaedan moden 

 
Kaedah konvensional Kaedah moden 
Menggunakan teknologi yang asas dan biasanya dikendalikan oleh individu dengan menggunakan tangan Menggunakan mesin menggantikan penggunaan alatan tangan 
Kemahiran individu amat diperlukan  Dapat menjimatkan masa, kos dan bahan
Pemutar skru, ketam kayu, gergaji tangan, gergaji puting, berus cat

Pemutar skru tanpa wayar, mesin pelelas, mesin gergaji, penyembur cat

 
4. Carta alir dalam proses pembuatan 
 

Perancangan 

Kaji selidik 

Lakaran/lukisan 

Mock-up

Model

Penilaian/ Pengujian

Pembinaan produk

Kaedah konvensional

Kaedah moden

 

5. Aspek elemen perbezaan kaedah konvensional dan moden 

  • masa
  • hasil
  • kos
  • tenaga kerja 
  • kuantiti
  • kualiti
  • estetika

6. Perbezaan antara proses pembuatan konvensional dan moden

 
Aspek Kaedah konvensional Kaedah moden 
Masa Lama untuk disiapkan Dapat disiapkan dengan cepat
Hasil Bentuk yang tidak seragam Bentuk seragam antara satu denagn yang lain
Kos Kos pembuatan yang tinggi Kos rendah untuk pengeluaran berskala besar
Tenaga kerja Kemahiran mereka bentuk tinggi Memerlukan pengendali mesin yang mahir
Kuantiti Kuantiti pengeluaran yang terhad Kuantiti pengeluaran yang banyak
Kualiti Tiada piawai tertentu Mempunyai piawai yang ditetapkan
Estetikan Nilai estetika yang tinggi Nilai estetika yang terhad
 

7. Proses pembuatan produk : kaedaj dan teknik tentang sumber tenaga kerja, mesin dan bahan yang ada diubah untuk menghasilkan produk siap

8. Peringkatan pembuatan

  • Pemotongan
  • Pembinaan
  • Tuangan
  • Pemasangan
  • Pembersihan 
  • Kemasan

9. Proses pembuatan

  • Perancangan
  • Kaji selidik
  • Lakaran/lukisan 
  • Mock-up/ Model
  • Penilaian/ Pengujian
  • Pembinaan produk
  • Kaedah konvensional / Kaedah moden

10. Lakaran idea : lakaran yang dihasilkan mengandungi maklumat penting seperti bahan, saiz, warna dan sebagainya 

11. Kaedah pembuatan 

 
Kaedah Pembuatan Contoh Proses Definisi/ Penerangan
Tuangan  rbt t2b2.1 4 Proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan
Acuan rbt t2b2.1 5

Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan dan dibiarkan mengeras

Pembentukan  rbt t2b2.1 6 Proses mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina satu produk
Pemesinan rbt t2b2.1 7 Proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki
Sambungan rbt t2b2.1 8 Bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses sebelumnya disambungkan supada menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi
 

12. Model : Asas kepada pembinaan sesuatu produk 

  • Model statik : dihasilkan untuk melihat rupa bentuk sebenar sesuatu produk
  • Model berfungsi : dihasilkan untuk menilai kefungsian beberapa bahagian pada produk

13. Proses menghasilkan acuan model 3D

 

menghasilkan model awal 3D

membuat acuan

tuangan

 
14. Teknik tuangan 
 
Tuangan panas Tuangan sejuk
Menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan Tidak menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan
Plastik, timah, tembaga, besi keluli Plaster of paris, resin epoxy
 
15. Proses menghasilkan acuan menggunakan plaster of paris
 

Sediakan plaster of paris

Campurkan dengan air sehingga menjadi pes

Letakkan di dalam bekas

Sapukan lapisan minyak pada model awal 3D

Celupkan separuh bahagian model awal 3D ke bahagian dalam pes plaster of paris

Biarkan sehingga kering

Ulang langkah satu hingga langkah enam

Tanggalkan model awal 3D dengan berhati-hati

Bersihkan acuan yang terbentuk

 

16. Membuat model 3D berdasarkan proses kerja 

  • Penggunaan acuan dan tuangan
  • Penggunaan pen 3D

17. Membuat kemasan model 3D

  • Konsep electrostatic
  • Konsep electroplating

18. Bahan untuk proses electroplating

  • cecair elektrolit
  • bikar
  • kepingan bar tembaga
  • wayar berserta klip buaya 
  • sel 9 voltan