Reka bentuk elektrik

 
2.3 Reka bentuk elektrik
 
  • Mengenal pasti dan menjelaskan elemen sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban dan kawalan
  • Menunjuk cara reka bentuk litar peralatan elektrik: keselamatan, kedudukan peranti dalam litar dan sambungan litar
  • Membuat pengiraan parameter elektrik dalam reka bentuk litar
  • Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektrik yang akan dibuat
  • Menganalisis elemen sistem elektrik pada gajet yang akan dihasilkan 
  • Membina gajet elektrik berfungsi
  • Membuat pengujian dan penilaian kefungsian gajet
  • Mencadang penambahbaikan ke atas reka bentuk gajet yang telah dibina 
 

1. Elemen sistem elektrik

Elemen  Penerangan
Sumber

Berpunca daripada jana kuasa, bateri, solar dan sebagainya

  • Tenaga boleh diperbaharui - sumber yang boleh digunakan semula dan bekalan tenaga ini akan kekal selama-lamanya
  • Tenaga tidak boleh diperbaharui - sumber yang akan habis dan tidak dapat dikitar semula
Medium

Perantara antara sumber dengan beban

  • Medium berwayar
  • Medium tanpa berwayar
Beban Sebarang peralatan elektrik yang disambungkan pada litar elektrik untuk membolehkannya berfungsi dan beroperasi
Kawalan Pengawalan arus elektrik secara selamat iaitu dengan cara memutus dan menyambungkan litar
 

2. Jenis-jenis arus

Jenis arus Penerangan
Arus ulang alik (AU)
  • Arus yang mangalir ke rumah 
  • Voltan boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer
Arus terus (AT)
  • Sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus
  • Arus ini mengalir secara sehala
 

3. Menunujkkan cara reka bentuk litar perlatan elektrik

  • Keselamatan : ciri-ciri keselamatan adalah penting untuk melindungi pengguna daripada berlakunya litar pintas
  • Kedudukan peranti dalam litar : reka bentuk kedudukan peranti-peranti diletakkan bersama dengan litar elektrik 
  • Sambungan litar : reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti disusun mengikut fungsi yang dikehendaki
 
Jenis litar Penerangan 
Litar tertutup

Mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik

Litar buka Litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik
Litar pintas Berlaku apabila wayar positif yang bocor bersentuhan dengan wayar negatif yang bocor tanpa melalui beban dan menghasilkan percikan api yang dapat menyebabkan kebakaran
 

4. Membuat pengiraan parameter elektrik

* I = arus, V = voltan, R = rintangan, P = kuasa elektrik

Untuk mencari nilai voltan (Volt) \(\text V = \text {I X R}\)
Untuk mencari nilai arus (Ampere) \(\text I = \) \(\frac{\text V}{\text R}\)
Untuk mencari nilai rintangan (Ohm)

 \(\text R = \) \(\frac{\text V}{\text I}\)

Untuk rumus bagi kuasa (Watt)

  \(\text W = \) \(\text {V X I}\)

8. Langkah-langkah membina gajet elektrik berfungsi
 

Sediakan bahan diperlukan merujuk lakaran

Tentukan susunan dan kedudukan gajet

Lakukan penyambunagn litar gajet

Pasang penyambungan litar gajet di tempat yang ditetapkan