Pertukaran Gas dalam Manusia

8.3 Pertukaran Gas dalam Manusia
 
Peta minda ini menerangkan pertukaran gas dalam manusia dalam empat poin. Poin pertama menerangkan tentang perbezaan tekanan separa. Poin kedua berkaitan dengan paru-paru. Poin ketiga berkenaan tisu, dan poin terakhir adalah mengenai pengangkutan karbon dioksida.
 
Tekanan Separa Oksigen dan Karbon Dioksida
  • Resapan gas bergantung pada perbezaan tekanan separa antara dua kawasan.
  • Resapan gas berlaku dari kawasan tekanan separa tinggi ke kawasan tekanan separa rendah, iaitu menuruni kecerunan tekanan separa gas.
 
Proses Pertukaran Gas dan Proses Pengangkutan Gas Respirasi
  • Dalam peparu, darah yan memasuki kapilari peparu mengandungi tekanan separa karbon dioksida yang tinggi berbanding udara dalam alveolus.
  • Karbon dioksida meresap keluar dari kapilari peparu ke dalam alveolus dan disingkirkan melalui hidung dan mulut ke atmosfera.
  • Tekanan separa oksigen dalam alveolus lebih tinggi daripada tekanan separa oksigen dalam kapilari peparu.
  • Oksigen meresap ke dalam kapilari peparu.
  • Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam eritrosit untuk membentuk oksihemoglobin.
  • Oksihemoglobin dibawa ke sel-sel badan untuk respirasi sel.
  • Respirasi sel membebaskan karbon dioksida.
  • Tekanan separa karbon dioksida dalam sel adalah tinggi daripada tekanan separa karbon dioksida dalam kapilari tisu.
  • Karbon dioksida meresap keluar dari sel badan ke dalam kapilari tisu dan diangkut kembali ke peparu.
  • Apabila darah sampai ke tisu melalui kapilari tisu, tekanan separa oksigen dalam darah adalah lebih tinggi daripada tekanan separa oksigen dalam sel badan kerana respirasi sel menggunakan oksigen dalam sel.
  • Oksihemoglobin terurai dan oksigen meresap dari kapilari tisu ke dalam sel badan.
 
Pengangkutan Karbon Dioksida dalam Sistem Peredaran Darah
Pengangkutan Karbon Dioksida dari Sel Badan ke Kapilari Tisu
  • Karbon dioksida, \(\text{CO}_2\) yang dibebaskan oleh sel badan berpadu dengan air, \(\text{H}_2\text{O}\) dalam eritrosit untuk membentuk asid karbonik, \(\text{H}_2\text{CO}_3\).
  • Enzim karbonik anhidrase dalam eritrosit memangkinkan tindak balas ini.
  • Asid karbonik, \(\text{H}_2\text{CO}_3\) kemudiannya terurai kepada ion bikarbonat, \(\text{HCO}_3^{-}\) dan ion hidrogen, \(\text{H}^{+}\).
  • Kemudian \(\text{HCO}_3^{-}\) meresap ke dalam plasma darah dan diangkut ke peparu.
Pengangkutan Karbon Dioksida dari Kapilari Peparu ke Alveolus
  • Setibanya di kapilari peparu, ion bikarbonat dalam plasma darah meresap semula ke dalam eritrosit.
  • Ion bikarbonat bergabung dengan ion hidrogen, \(\text{H}^{+}\) semula untuk membentuk asid karbonik, \(\text{H}_2\text{CO}_3\).
  • Asid karbonik, \(\text{H}_2\text{CO}_3\) kemudiannya terurai menjadi karbon dioksida dan air.
  • Karbon dioksida meresap keluar melalui kapilari peparu ke dalam alveolus dan disingkir keluar semasa udara dihembus keluar.