Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Jenis Sistem Respirasi
Kembali
Jenis Sistem Respirasi
8.1
Jenis Sistem Respirasi
Pengenalan
NIsbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) bergantung pada saiz organisma.
Semakin besar saiz organisa, semakin kecil nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu oranisma tersebut.
Ini bermaksud untuk organisma yang besar dan kompleks, isi padu badan yang memerlukan oksigen bertambah lebih daripada jumlah luas permukaanya.
Ini menjelaskan mengapa organisma yang bedar dan kompleks tidak boleh mengekalkan pertukaran gas dengan cara resapan melalui permukaan badan sahaja.
Organisma bersaiz besar memerlukan struktur respirasi khas untuk pertukaran gas yang cekap.
Ciri Penyesuaian Struktur Untuk Pertukaran Gas Yang Efisien Bagi Organisma Bersaiz Besar
Nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) yang besar untuk pertukaran gas respirasi yang cekap.
Struktur respirasi yang nipis, iaitu setebal satu sel, yang memudahkan resapan gas respirasi berlaku.
Permukaan struktur respirasi yang sentiasa lembap membenarkan gas respirasi melarut di dalamnya.
Struktur respirasi dilengkapi jaringan kapilari darah (melainkan serangga), yang membenarkan pengangkutan gas respirasi yang cekap.
Struktur Respirasi Serangga dan Penyesuaiannya
Terdapat liang kecil pada toraks dan abdomen serangga iaitu spirakel.
Spirakel membolehkan udara masuk ke dalam sistem tiub udara iaitu sistem trakea.
Trakea bercabang untuk membentuk salur yang lebih halus yang disebut trakeol.
Trakeol merupakan permukaan respirasi.
Trakeol mempunyai ciri-ciri berikut yang membolehkan pertukaran gas respirasi yang cekap:
Bilangan trakeol yang banyak menyediakan jumlah luas permukaan yang besar untuk pertukaran gas.
Dinding trakeol adalah nipis dan lembap.
Hal ini membolehkan gas oskigen meresap ke dalam sel manakala karbon dioksida meresap keluar dari sel ke dalam trakeol dengan cepat.
Sesetengah serangga mempunyai kantung udara dalam sistem trakeanya.
Kantung ini berisi udara untuk mempercepatkan penghantaran gas respirasi semasa pergerakan badan yang cergas.
Sistem pernafasan serangga ialah sistem trakea seperti berikut:
Struktur Respirasi Ikan dan Penyesuaiannya
Struktur respirasi ikan ialah insang.
Insang terdiri daripada barisan filamen yang disokong oleh lengkung insang.
Ciri-ciri filamen berikut membolehkan pertukaran gas respirasi berlaku dengan cekap:
Filamen mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih yang disebut lamela.
Bilangan filamen dan lamela yang banyak memberikan jumlah luas permukaan yang besar untuk proses pertukaran gas yang cekap.
Membran lamela insang adalah nipis dan dibekalkan dengan banyak kapilari darah bagi memudahkan peresapan dan pengangkutan oksigen dan karbon dioksida.
Struktur Respirasi Katak dan Penyesuaiannya
Kulit
Dalam keadaan kurang aktif, katak menggunakan kulit untuk pertukaran gas.
Kulit adalah nipis dan sangat telap terhadap gas respirasi.
Kulit yang lembap membenarkan gas respirasi melarut ke dalamnya.
Di bawah kulit, terdapat banyak jaringan kapilari darah untuk mengangkut gas respirasi.
Peparu
Permukaan peparu katak berlipat-lipat untuk menambahkan jumlah luas permukaan bagi pertukaran gas.
Membran peparu yang nipis memudahkan resapan gas respirasi.
Dinding peparu yang sentiasa lembap membolehkan gas respirasi melarut ke dalamnya.
Peparu juga kaya dengan jaringan kapilari darah untuk mengangkut gas respirasi dengan lebih cepat.
Struktur Respirasi Manusia dan Penyesuaiannya
Struktur respirasi manusia ialah alveolus yang mempunyai ciri-ciri pertukaran gas respirasi yang cekap.
Bilangan alveolus yang banyak menyediakan jumlah luas permukaan yang besar untuk peresapan gas respirasi.
Dinding alveolus sentiasa lembap.
Gas oksigen dan gas karbon dioksida boleh melarut dengan mudah dan seterusnya meresap melalui dinding alveolus ke dalam kapilari darah.
Alveolus dilingkari oleh jaringan kapilari darah yang banyak untuk mempercepatkan peresapan gas respirasi.
Dinding alveolus yang nipis iaitu setebal satu sel, memudahkan peresapan gas.
Perbandingan dan Perbezaan Struktur Respirasi Manusia dan Haiwan
Persamaan
Kesemua struktur respirasi mempunyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yang besar untuk pertukaran gas respirasi yang cekap.
Kesemua struktur respirasi nipis dan ini memudahkan resapan gas respirasi berlaku dengan cepat.
Kesemua struktur respirasi sentiasa lembap dan ini membenarkan gas respirasi melarut ke dalamnya.
Struktur respirasi dilengkapi jaringan kapilari darah (melainkan serangga), yang membenarkan pengangkutan gas respirasi yang cepat.
Perbezaan
Struktur Respirasi
Bagaimana Nisbah (JLP/I) Yang Tinggi Bagi Struktur Respirasi Diperoleh
Serangga: Trakeol
Bilangan trakeol yang banyak.
Ikan: Filamen dan lamela insang
Bilangan filamen dan lamela insang yang banyak.
Katak: Kulit dan peparu
Permukaan dalam peparu yang berlipat-lipat dan keseluruhan permukaan kulit.
Manusia: Alveolus
Bilangan alveolus yang banyak.

Bab : Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan
Topik : Jenis Sistem Respirasi
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Mekanisme Pernafasan
Pertukaran Gas dalam Manusia
Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Respirasi Manusia
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Laporkan nota ini
Tebus eVoucher
Tebus ganjaran untuk meghargai kerja keras anda
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun