Proses Hidup Organisma Multisel

2.3 Proses Hidup Organisma Multisel
 
Pengenalan
  • Terdapat pelbagai jenis sel dalam organisma multisel yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan susunan
  • Struktur sel berhubung rapat dengan fungsinya dan setiap jenis sel dikhususkan untuk menjalankan fungsi tertentu sahaja
 
Imej ini ialah infografik bertajuk sel khusus dalam manusia. Ia mempunyai enam jenis sel, setiap satu di dalam kotaknya sendiri dengan penerangan ringkas tentang fungsinya: 1. Sel Epitelium: - Memberi perlindungan - Membantu dalam pertukaran gas - Membantu dalam penyerapan nutrien, merembeskan mukus 2. Sel Darah Putih: - Melindungi badan daripada patogen 3. Sel Darah Merah: - Mengangkut oksigen dan karbon dioksida 4. Sel Otot: - Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan 5. Sel Saraf: - Menghantar impuls saraf dari satu bahagian ke bahagian badan yang lain 6.Sel Sperma: - Mensenyawakan ovum

Jenis Sel Khusus dalam Manusia
Sel Otot
  • Tersusun dalam bentuk gentian, multinukleus dan berjalur
  • Mengecut dan mengendur bagi menghasilkan pergerakan
Sel Saraf
  • Berbentuk unjuran panjang dan halus
  • Berfungsi menghantar impuls saraf
Sel Darah Putih
  • Boleh berubah bentuk
  • Berfungsi memusnahkan patogen
Sel Darah Merah
  • Tidak mempunyai nukleus
  • Berbentuk dwicekung
  • Berfungsi untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan oksigen
Sel Epitelium
  • Sel yang nipis dan leper
  • Melapisi permukaan organ seperti salur pencernaan
Sel Sperma
  • Mempunyai ekor panjang untuk membolehkannya berenang ke arah ovum di tiub Falopio
  • Bahagian kepala mengandungi nukleus yang membawa satu set kromosom yang berasal daripada induk jantan
 
Imej ini ialah infografik bertajuk sel khusus dalam tumbuh-tumbuhan. Ia mempunyai enam jenis sel, setiap satu di dalam kotak disertakan penerangan ringkas tentang fungsinya: 1. Sel Mesofil Berspan: - Disusun jarang bagi memudahkan kemasukan gas 2. Xilem: - Mengangkut air dan garam mineral daripada akar ke seluruh tumbuhan 3. Sel Pengawal: - Mengawal bukaan dan penutupan stoma 4. Tiub tapis: - Mengangkut bahan organik: sukrosa, asid amino dan hormon daripada pucuk ke bahagian tumbuhan yang lain 5. Sel Akar Rambut: - Menyerap air dan garam mineral terlarut dalam tanah 6.Sel Mesofil Palisad: - Mempunyai kepadatan kloroplas yang tinggi bagi membolehkan penyerapan cahaya matahari yang tinggi untuk fotosintesis

Jenis Sel Khusus dalam Tumbuhan
Tiub Tapis
  • Turus silinder panjang yang tersusun dari hujung ke hujung
  • Mengangkut bahan organik dari daun ke organ simpanan seperti buah
Salur Xilem
  • Berbentuk salur berongga yang panjang dan bersambungan
  • Berfungsi mengangkut air dan garam mineral dari akar ke seluruh bahagian pokok
Sel Mesofil Palisad
  • Terdiri daripada sel berbentuk silinder yang panjang, disusun secara tegak dan rapat antara satu sama lain
  • Mempunyai kepadatan kloroplas yang tinggi
  • Susunan ini membolehkan penyerapan maksimum cahaya matahari untuk fotosintesis
Sel Mesofil Berspan
  • Sel tersusun secara longgar dengan banyak ruang udara di antaranya
  • Ruang udara yang besar membenarkan pertukaran gas dari bahagian dalam daun ke sel mesofil palisad
Sel Pengawal
  • Sel epidermis yang terubahsuai dengan dinding sel yang lebih tebal di sebelah dalam
  • Mengawal pembukaan dan penutupan stoma. Stoma ialah liang yang membenarkan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida
Sel Akar Rambut

  • Mengawal pembukaan dan penutupan stoma
  • Stoma ialah liang yang membenarkan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida
 
Organisasi Sel dalam Manusia
  • Dalam organisma multisel, sel-sel yang sama jenis dan menjalankan fungsi yang sama diorganisasikan menjadi tisu
  • Tisu ialah sekumpulan sel yang mempunyai struktur dan fungsi yang sama dan disusun bersama untuk melaksanakan sesuatu fungsi yang khusus
  • Dalam badan organisma, tisu boleh diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu tisu epitelium, tisu otot, tisu saraf dan tisu penghubung
Jenis Tisu dalam Manusia
Tisu Epitelium
  • Tisu epitelium melapisi permukaan luar (kulit) dan permukaan berongga di dalam badan (rongga salur pencernaan dan pernafasan)
  • Tisu epitelium melapisi rongga mulut, esofagus, permukaan peparu, rongga badan, salur darah, permukaan trakea, bronkus, tubul, kelenjar, duktus ginjal dan usus kecil
  • Struktur tisu epitelium diadaptasi berdasarkan fungsinya. Misalnya, tisu epitelium pada kulit melindungi organisma daripada jangkitan, kecederaan, bahan kimia dan penyahhidratan.
  • Tisu epitelium yang melapisi trakea mempunyai unjuran seperti rambut yang dikenali sebagai silium
Tisu Otot
  • Terdapat tiga jenis otot: otot licin (terdapat di salur pencernaan, salur darah, salur kencing dan salur pembiakan), otot rangka (terdapat di kaki dan tangan) dan otot kardium (terdapat di dinding jantung)
  • Pengecutan dan pengenduran otot licin membolehkan aktiviti luar kawal seperti tindakan peristalsis di sepanjang salur pencernaan
  • Otot rangka terlibat dalam pergerakan terkawal.
  • Otot rangka mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan pada tulang dan anggota badan
  • Otot kardium membina dinding jantung yang mengecut untuk mengepam darah ke seluruh badan
  • Pengecutan otot kardium adalah secara luar kawal
Tisu Saraf
  • Tisu saraf terdiri daripada neuron atau sel saraf
  • Setiap neuron terdiri daripada badan sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson
  • isu saraf mengesan rangsangan dan seterusnya mengutus maklumat dalam bentuk isyarat elektrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar
  • Tisu saraf mengkoordinasi aktiviti badan
Tisu Penghubung
  • Tisu penghubung terdiri daripada pelbagai jenis tisu dan gentian
  • Tisu jenis ini tersebar luas di seluruh badan dan mempunyai banyak fungsi
  • Salah satunya untuk memautkan organ-organ
  • Tisu penghubung longgar: berfungsi memautkan tisu epitelium kepada tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya
  • Tisu darah: darah berfungsi dalam pengawalaturan, pengangkutan dan perlindungan
  • Tisu penghubung bergentian: tisu penghubung jenis ini membentuk tendon (menyambungkan tulang dan otot) dan ligamen (menyambungkan tulang kepada tulang)
  • Tulang: tulang membentuk rangka badan dan melindungi organ dalaman
  • Tisu adipos: tisu penghubung yang menyimpan lemak di bawah dermis kulit dan pada permukaan semua organ utama
  • Rawan: rawan menutup hujung tulang untuk melindungi tulang daripada menjadi haus
Organisasi Tisu dalam Tumbuhan
Tisu Parenkima
  • Berfungsi untuk menyimpan kanji, protein dan air
  • Tisu ini juga boleh menjalankan proses fotosintesis
Tisu Kolenkima
  • Berfungsi memberi sokongan kepada batang muda, tidak berkayu (tumbuhan herba)
Tisu Sklerenkima
  • Berfungsi memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang
Tisu Vaskular
  • Tisu vaskular terdiri daripada tisu xilem dan tisu floem
Tisu Xilem
  • Xilem berfungsi mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan
  • Dinding tisu xilem yang berlignin memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan
Tisu Floem
  • Floem berfungsi mengangkut bahan organik seperti sukrosa dari daun ke semua bahagian tumbuhan
 
Kepadatan Komponen Sel Tertentu dan Fungsi Sel Khusus
Mitokondrion
  • Sel sperma: memerlukan banyak tenaga untuk berenang ke arah uterus dan tiub Falopio untuk mensenyawakan oosit sekunder
  • Sel otot: memerlukan banyak tenaga untuk pengecutan dan pengenduran bagi membolehkan pergerakan dan penerbangan
  • Sel meristem tumbuhan: memerlukan banyak tenaga bagi menjalankan proses pembahagian sel secara aktif untuk menghasilkan sel baharu
Kloroplas
  • Sel mesofil palisad dan sel mesofil berspan: menyerap lebih cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis
Jalinan Endoplasma Kasar dan Jasad Golgi
  • Sel pankreas: meningkatkan sintesis dan perembesan enzim pencernaan
  • Sel goblet pada epitelium usus dan salur pernafasan: menghasilkan mukus
  • Sel hati: metabolisme karbohidrat dan detoksifikasi dadah dan racun
 
Kegagalan Fungsi Komponen Sel
  • Kegagalan fungsi mitokondrion atau disfungsi mitokondrion boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, otot lemah, masalah pendengaran dan penglihatan
  • Tay-Sachs pula ialah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kegagalan penghasilan enzim dalam lisosom
  • Pesakit Tay-Sachs akan mengalami pertumbuhan terbantut dan terencat akal