Mekanisme Pernafasan

8.2 Mekanisme Pernafasan
 
Mekanisme Pernafasan Serangga
Tarikan Nafas
  • Semasa menarik nafas, otot abdomen mengendur.
  • Hal ini menurunkan tekanan udara dalam trakea dan udara memasuki trakea melalui spirakel.
Hembusan Nafas
  • Semasa menghembus nafas, otot abdomen mengecut.
  • Ini meningkatkan tekanan udara dalam trakea dan seterusnya memaksa udara keluar melalui spirakel.
Imej ini menunjukkan sistem pernafasan serangga. Terdapat beberapa label pada bahagian-bahagian tertentu. Di sebelah kanan atas, terdapat sel-sel badan (Body cells/Sel-sel badan) yang disambungkan dengan trakeol (Tracheoles/Trakeol). Trakeol ini bersambung dengan trakea (Trachea/Trakea) yang lebih besar. Di sebelah kiri bawah, terdapat dinding badan (Body wall/Dinding badan) dan spirakel (Spiracle/Spirakel). Terdapat anak panah merah yang menunjukkan arah oksigen (Oxygen/oksigen) masuk dan anak panah biru yang menunjukkan arah karbon dioksida (Carbon
 
Mekanisme Pernafasan Katak
Tarikan Nafas
  • Apabila katak bernafas melalui lubang hidung, mulut dan glotis tertutup dan dasar rongga bukofarinks diturunkan.
  • Tekanan udara yang rendah dalam rongga bukofarinks menarik udara masuk ke dalam rongga bukofarinks  melalui lubang hidung.
Hembusan Nafas
  • Apabila peparu mengecut, udara disingkarkan daripada peparu.
  • Hal ini dibantu oleh tekanan abdomen dan sifat kekenyalan peparu.
  • Sebahagian udara keluar melalui lubang hidung manakala yang selebihnya bercampur dengan udara di dalam rongga mulut.
 
Mekanisme Pernafasan Ikan
Tarikan Nafas
  • Apabila mulut dibuka, bahagian dasar rongga mulut diturunkan.
  • Pada masa yang sama, ruang operkulum dibesarkan dan bukaan operkulum ditutup.
  • Ini mengurangkan tekanan di dalam rongga mulut.
  • Air dari luar yang mengandungi oksigen terlarut memasuki mulut.
Hembusan Nafas
  • Apabila mulut ditutup, bahagian dasar rongga bukal dinaikkan.
  • Air akan mengalir melalui lamela insang dan pertukaran gas antara darah dengan air berlaku secara resapan.
  • Pada masa yang sama, otot operkulum mengendur dan ruang operkulum dikecilkan.
  • Isi padu rongga bukal dikurangkan dan tekanan di dalam rongga bukal menjadi lebih tinggi daripada tekanan di luar.
  • Tekanan yang tinggi menyebabkan air mengalir keluar melalui bukaan operkulum yang terbuka. 
 
Mekanisme Pernafasan Manusia
Tarikan Nafas
  • Otot interkosta luar mengecut manakala otot interkosta dalam mengendur.
  • Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk dinaikkan ke atas dan ke arah depan.
  • Pada masa yang sama, otot diafragma mengecut dan diafragma turun ke bawah menjadi leper dan mendatar.
  • Kedua-dua pergerakan ini menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan rongga toraks berkurang.
  • Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar mendesak udara masuk ke dalam peparu.
Hembusan Nafas
  • Otot interkosta luar mengendur manakala otot interkosta dalam mengecut.
  • Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk digerakkan ke bawah dan ke dalam.
  • Pada masa yang sama, otot diafragma mengendur dan diafragma melengkung ke atas berbentuk kubah.
  • Kedua-dua pergerakan ini menyebabkan isi padu rongga toraks berkurangan dan tekanan rongga toraks bertambah.
  • Udara didesak keluar daripada peparu.
 
Membanding dan Membezakan Antara Mekanisme Pernafasan Dalam Manusia dan Haiwan
Persamaan
  • Manusia dan haiwan mempunyai struktur khas berotot untuk mengembang dan mengecutkan rongga pernafasan.
  • Mekanisme pernafasan melibatkan perubahan isi padu dan tekanan dalam rongga pernafasan.
Perbezaan
Gambar ini menunjukkan mekanisme pernafasan bagi serangga, katak, manusia, dan ikan. Terdapat lajur yang menerangkan butiran mekanisme pernafasan pada ikan, manusia, katak, dan serangga mengikut turutan.