Respirasi Aerob

7.2 Respirasi Aerob
 
Infografik bertema pastel bertajuk Respirasi Aerob di bahagian atas. Kandungan dibahagikan kepada empat kotak bersegi bujur berwarna beige dengan poin berikut:  Respirasi aerob ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia. Sebahagian besar tenaga digunakan untuk menghasilkan molekul adenosina trifosfat (ATP). Molekul ATP terhasil apabila kumpulan fosfat tak organik ditambahkan kepada adenosina difosfat (ADP). Proses keseluruhan pengoksidaan glukosa diringkaskan seperti berikut: Glukosa + Oksigen → Karbon dioksida + Air + Tenaga (2898 kJ). Di sudut kanan atas terdapat logo Pandai. Latar belakangnya berwarna putih, memberikan gaya bersih dan minimalis.
 
Pengenalan
  • Respirasi aerob ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia.
  • Oksigen digunakan untuk mengoksidakan glukosa bagi menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.
  • Proses respirasi aerob bermula dengan proses glikolisis.
  • Glikolisis bermaksud penguraiakan glukosa oleh enzim.
  • Proses ini berlaku dalam sitoplasma.
  • Satu molekul glukosa diuraikan menjadi dua molekul piruvat.
  • Peringkat seterusnya berlaku dalam mitokondrion.
  • Piruvat yang terhasil dalam proses glikolisis dioksidakan melalui satu siri tindak balas untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.
  • Sebahagian besar tenaga digunakan untuk menghasilkan molekul adenosina trifosfat (ATP).
 
Respirasi Aerob
  • Molekul ATP terhasil apabila kumpulan fosfat tak organik ditambahkan kepada adenosina difosfat (ADP).
  • Molekul ATP mempunyai ikatan fosfat yang lemah.
  • Apabila ikatan fosfat pada molekul ATP diputuskan, tenaga yang terbebas dibekalkan kepada sel untuk membantu kita menjalankan aktiviti-aktiviti harian.
  • Proses keseluruhan pengoksidaan glukosa diringkaskan seperti berikut:
    • Glukosa + oksigen \(\rightarrow\) karbon dioksida + air + tenaga (2898 kJ).