Penghasilan Tenaga melalui Respirasi Sel

7.1 Penghasilan Tenaga melalui Respirasi Sel
 
Pengenalan
  • Tindak balas metabolisme iaitu anabolisme dan katabolisme melibatkan tenaga. 
    • Proses katabolisme membebaskan tenaga.
    • Proses anabolisme menggunakan tenaga.
  • Tanpa tenaga, proses anabolisme seperti pembentukan protein yang menjadi bahas asas otot tidak akan berlaku.
 
Substrat Utama dalam Penghasilan Tenaga
  • Respirasi sel dijalankan untuk menghasilkan tenaga bagi keperluan aktiviti semua sel hidup.
  • Respirasi sel ialah proses pengoksidaan molekul organik melaui beberapa peringkat bagi membebaskan tenaga.
  • Substrat utama bagi respirasi sel ialah glukosa.
  • Tenaga kimia yang terdapat di dalam glukosa dibebaskan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh sel.
  • Dalam manusia dan haiwan, glukosa diperoleh melalui pencernaan karbohidrat daripada makanan yang dimakan.
  • Di dalam tumbuhan hijau pula, tenaga cahaya diperangkap oleh klorofil untuk mengalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan glukosa.
 
Jenis Respirasi Sel
  • Terdapat dua jenis respirasi sel iaitu:
    • Respirasi aerob 
    • Respirasi anaerob
  • Fermentasi ialah laluan altenatif untuk mendapatkan tenaga selain daripada respirasi sel.