Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Lipid
Kembali
Lipid
4.4
Lipid
Pengenalan
Lipid ialah sebatian hidrofobik yang wujud semulajadi di dalam tisu tumbuhan dan haiwan.
Seperti karbohidrat, lipid diperbuat daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen tetapi nisbah atom hidrogen kepada oksigen adalah lebih tinggi.
Lipid tidak larut dalam air tetapi larut dalam larutan organik lain seperti alkohol, eter dan klorofom.
Jenis Lipid
Lilin
Lilin mengandungi satu molekul alkohol yang menggabungkan molekul asid lemak yang lain dan ianya bersifat kalis air.
Fosfolipid
Fosfolipid merupakan komponen utama membran plasma yang diperbuat daripada satu molekul gliserol yang bergabung dengan dua molekul asid lemak dan satu kumpulan fosfat.
Steroid
Steroid ialah lipid yang tidak mempunyai asid lemak.
Contoh steroid ialah kolesterol, testosteron, estrogen dan progesteron.
Lemak
Lemak dan minyak ialah trigliserida.
Trigliserida merupakan sejenis ester yang terbentuk daripada kondensasi antara satu molekul gliserol dengan tiga molekul asid lemak.
Trigliserida boleh dihidrolisiskan semula menjadi asid lemak dan gliserol melalui tindak balas hidrolisis .
Gliserol merukan jenis alkohol tiga karbon yang mengandungi tiga kumpulan hidroksil (–OH).
Terdapat dua jenis asid lemak iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu.
Persamaan asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu:
Kedua-duanya terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen.
Kedua-duanya mengandungi gliserol dan asid lemak.
Kedua-duanya mengandungi molekul tidak berkutub.
Perbezaan asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu adalah seperti berikut:
Asid Lemak Tepu
Asid Lemak Tak Tepu
Asid lemak hanya mempunyai ikatan tunggal antara karbon.
Asid lemak mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua antara karbon.
Tidak membentuk ikatan kimia dengan atom hidrogen tambahan kerana semua ikatan antara atom karbon tepu.
Ikatan ganda dua masih boleh menerima satu atau lebih atom hidrogen tambahan kerana atom karbon tidak tepu.
Didapati dalam bentuk pepejal pada suhu bilik.
Didapati dalam bentuk cecair pada suhu bilik.
Sumber: mentega dan lemak haiwan.
Sumber: minyak zaitun dan minyak ikan.
Kepentingan Lipid dalam Sel
Lemak berfungsi sebagai tenaga simpanan untuk haiwan.
Selain itu, lemak juga berfungsi sebagai lapisan untuk melindungi organ dalaman dan bertindak sebagai penebat haba untuk haiwan.
Lilin merupakan komponen penting kutikel untuk melindungi apidermis dan dan sebum yang dirembeskan oleh kulit kita.
Fungsi glikolipid ialah untuk memastikan kestabilan membran plasma dan untuk membantu proses pengecaman sel.
Kolesterol ialah penting dalam sintesis hormon steroid.

Bab : Komposisi Kimia dalam Sel
Topik : Lipid
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Air
Karbohidrat
Protein
Asid Nukelik
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Laporkan nota ini
Battle Kuiz
Cabar rakan anda dalam Kuiz Battle
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun