Air

4.1 Air
 
Sifat dan Kepentingan Air dalam Sel
Kekutuban Air
  • Air adalah sebatian inorganik yang terdiri daripada unsur hidrogen (H) dan oksigen (O)
  • Molekul air ialah molekul berkutub kerana berkongsi elektron antara oksigen dan hidrogen yang akan tertarik ke arah oksigen yang lebih elektronegatif (δ– )
  • Kekutuban ini menghasilkan ikatan hidrofen dan membenarkan air untuk bertindak sebagai pelarut semesta
  • Sifat pelarut semesta air membenarkan zat terlarut seperti glukosa dan elektrolit dapat diangkut melalui membran plasma ke dalam sel untuk tindak balas biokimia
Daya Lekitan dan Daya Lekatan Air
  • Molekul air  melekat antara satu sama lain melalui daya lekitan
  • Pada masa yang sama, molekul air juga melekat ke permukaan lain melalui daya lekatan
  • Kedua-dua daya ini menghasilkan tarikan kapilari yang membenarkan air untuk masuk dan bergerak ke ruangan sempit seperti di dalam salur xilem
Muatan Haba Tentu Air
  • Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi iaitu \(\text{4.2 kJ kg}^{-1}\)\(^\circ C ^{-1}\)
  • Ini bermaksud \(4.2\text{ kJ}\) tenaga haba diperlukan untuk meningkat suhu satu kilogram air sebanyak \(1^\circ C\)
  • Air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang sedikit
  • Ciri ini sangat penting untuk mengekalkan suhu badan organisma