Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Kembali
Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
3.2

Ciri Bahan Yang Dapat Merentasi Membran Plasma
Terdapat tiga faktor umum yang menentukan sama ada sesuatu molekul boleh bergerak merentasi membran plasma iaitu saiz molekul, kekutuban molekul dan cas ion
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Pergerakan bahan merentasi membran plasma berlaku melalui pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif
Pengangkutan Pasif
Resapan ringkas
Resapan ringkas ialah pergerakan molekul atau ion dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah, iaitu molekul bergerak menuruni kecerunan kepekatan sehingga keseimbangan dinamik dicapai
Hal ini berlaku sama ada melalui membran plasma atau tidak
Molekul larut lipid (asid lemak dan gliserol), oksigen serta karbon dioksida meresap melalui dwilapisan fosfolipid secara resapan ringkas
Osmosis
Osmosis ialah proses pengangkutan pasif yang serupa dengan resapan tetapi hanya melibatkan molekul air
Osmosis ialah pergerakan bersih molekul air secara rawak dari kawasan keupayaan air tinggi (kepekatan bahan terlarut rendah) ke kawasan keupayaan air rendah (kepekatan bahan terlarut tinggi) merentasi membran telap memilih
Membran telap memilih adalah telap terhadap air tetapi tidak telap terhadap sesetengah bahan larut seperti molekul sukrosa
Keadaan yang sama juga berlaku di dalam sel melalui dwilapisan fosfolipid
Resapan Berbantu
Bahan yang tidak larut dalam lipid seperti ion, serta molekul bersaiz besar seperti asid amino dan glukosa tidak dapat bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid
Bahan-bahan ini bergerak merentasi membran dengan bantuan protein pengangkut (protein pembawa atau protein liang)
Protein liang: mempunyai liang atau terusan untuk membolehkan molekul kecil terlarut serta ion meresap merentasi membran plasma. Liang mengandungi ciri dalaman spesifik yang hanya membenarkan ion tertentu melaluinya
Protein pembawa: mempunyai tapak spesifik dan hanya boleh bergabung dengan molekul tertentu sahaja. Misalnya, molekul glukosa hanya boleh bergabung dengan tapak spesifik pada protein pembawa glukosa sahaja
Proses pergerakan ini disebut resapan berbantu
Resapan berbantu tidak memerlukan tenaga kerana protein pengangkut mengangkut bahan-bahan tersebut menuruni kecerunan kepekatan
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan dinamik tercapai apabila kepekatan bahan adalah sama pada kedua-dua belah membran
Pengangkutan Aktif
Pergerakan bahan merentasi membran plasma juga boleh berlaku melalui pengangkutan aktif.
Pengangkutan aktif mempunyai ciri-ciri berikut:
Pergerakan bahan molekul atau ion merentasi membran plasma menentang kecerunan kepekatan
Memerlukan tenaga daripada molekul ATP (adenosina trifosfat) yang dijana semasa respirasi sel
Memerlukan protein pembawa spesifik yang mempunyai tapak spesifik untuk bergabung dengan molekul atau ion
Protein pembawa juga mempunyai tapak untuk bergabung dengan molekul ATP. Protein pembawa berubah bentuk apabila kumpulan fosfat bergabung kepadanya
Kemudian molekul atau ion bergerak merentasi membran
Pengangkutan aktif mengakibatkan pengumpulan atau penyingkiran molekul atau ion dalam sel
Protein pembawa yang terlibat dalam pengangkutan aktif biasanya dikenali sebagai pam
Misalnya, dalam sel haiwan, protein pembawa yang mengangkut ion natrium ke luar sel dan ion kalium ke dalam sel disebut pam natrium–kalium
Terdapat sejenis lagi pam iaitu pam proton
Contohnya, pam proton yang terdapat pada sel epitelium yang melapisi rongga perut
Pam proton menyebabkan kandungan perut berasid
Tenaga daripada ATP membolehkan ion hidrogen diangkut melalui protein pembawa (pam proton) ke luar sel
Hal ini menyebabkan pengumpulan ion hidrogen dan penghasilan asid dalam rongga perut

Bab : Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Topik : Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Struktur Membran Plasma
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup
Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dan Aplikasinya dalam Kehidupan Seharian
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Laporkan nota ini
Bantuan Kerja Sekolah Live
Selesaikan kerja sekolahh dengan bantuan tutor live
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun