Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Pertahanan Badan
Kembali
Pertahanan Badan
11.1
Pertahanan Badan
Pengenalan
Sistem pertahanan badan bertindak apabila patogen menjangkiti badan.
Patogen ialah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
Contoh patogen termasuklah bakteria, virus dan parasit.
Patogen hanya boleh menyebabkan penyakit sekiranya berjaya menjangkiti sel badan.
Sistem pertahanan badan mengenali patogen sebagai bendasing yang disebut antigen.
Antigen ialah bendasing yang memasuki badan dan seterusnya merangsang gerak balas keimunan.
Antigen merangsang sel limfosit menghasilkan antibodi ke dalam aliran darah untuk memusnahkan antigen tersebut.
Antibodi ialah protein yang terdapat pada permukaan limfosit atau protein yang dibebaskan oleh limfosit ke dalam plasma darah.
Interaksi antara antibodi dan antigen yang menyebabkan antigen dimusnahkan dikenali sebagai gerak balas keimunan.
Keimunan ialah keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh patogen atau sebarang bendasing, melalui serangan spesifik terhadap patogen tersebut.
Apabila badan kita berjaya menentang jangkitan sesuatu penyakit, kita dikatakan imun terhadap penyakit tersebut.
Terdapat tiga barisan pertahanan yang melawan penyakit dalam badan kita:
Barisan petahanan pertama.
Barisan pertahanan kedua.
Barisan pertahanan ketiga.
Barisan Pertahanan Pertama
Terdiri daripada barisan fizikal dan kimia yang menghalang patogen daripada memasuki badan.
Barisan pertahanan pertama merupakan barisan pertahanan yang tidak spesifik dan berfungsi menghalang kemasukan patogen ke dalam badan.
Lisozim
Lisozim merupakan enzim yang didapati di dalam air mata, hingus dan air liur merupakan protein antimikrob yang dapat mengurai serta membunuh sesetengah jenis bakteria.
Membran Mukus
Membran mukus yang melapik salur respirasi merembes bendalir melekit yang disebut mukus.
Mukus mengandungi lisozim untuk memusnahkan bakteria dalam udara yang memasuki sistem respirasi.
Mekanisme Pembekuan Darah
Mekanisme pembekuan darah menghalang kemasukan bakteria melalui luka.
Asid Hidroklorik
Asid hidroklorik yang terdapat dalam perut membunuh bakteria yang hadir dalam makanan dan minuman.
Kulit
Merupakan pelindung fizikal yang dapat menghalang kemasukan patogen kerana sifat yang liat dan sukar ditembusi oleh mikroorganisma.
Penanggalan lapisan sel mati pada permukaan kulit secara berterusan menyukarkan pertumbuhan pelbagai jenis mikroorganisma.
Merupakan pelindung kimia melalui perembesan sebum.
Minyak dan asid dalam sebum menghalang pertumbuhan pelbagai jenis mikroorganisma.
Peluh yang dirembes oleh kulit mengandungi enzim lisozim, sejenis enzim yang berupaya memecahkan dinding sel sesetengah bakteria.
Barisan Pertahanan Kedua
Barisan pertahanan kedua terdiri daripada demam, fagositosis dan keradangan.
Mekanisme barisan pertahanan kedua juga bersifat tidak spesifik.
Demam
Demam merupakan mekanisme barisan pertahanan kedua yang menentang jangkitan.
Demam menambahkan aktiviti fagosit dan melawan mikroorganisma yang menjangkiti badan.
Fagositosis
Sel fagositosis ialah sel leukosit yang boleh menjalankan fagositosis.
Neutrofil dan monosit merupakan sel fagosit.
Fagositosis ialah proses pemerangkapan dan pencernaan mikroorganisma atau zarah lain seperti sel mati dan sel fagosit.
Apabila jangkitan berlaku, sel fagosit bergerak ke kawasan yang dijangkiti dan memasuki bendalir tisu melalui liang dinding kapilari.
Apabila sel fagosit menemui patogen, sel fagosit mengepung patogen dan enzim lisozim di dalam sel fagosit mencerna patogen.
Keradangan
Keradangan ialah satu gerak balas pantas yang memusnahkan dan meneutralkan tindakan berbahaya mikroorganisma dan toksin pada peringkat awal jangkitan.
Bahagian yang radang membengkak, menjadi merah dan berasa sakit.
Gerak balas keradangan adalah seperti berikut
:
Tisu yang rosak membebaskan histamin.
Histamin merangsang gerak balas keradangan dengan serta-merta.
Histamin menyebabkan pengembangan kapilari darah bagi membolehkan aliran darah yang lebih banyak ke kawasan jangkitan.
Histamin juga meningkatkan ketelapan kapilari darah terhadap sel fagosit.
Sel fagosit dan faktor pembeku berkumpul di kawasan jangkitan.
Mekanisme pembekuan darah dicetuskan.
Sel fagosit menjalankan fagositosis.
Barisan Pertahanan Ketiga
Sekiranya patogen berjaya mengatasi barisan pertahanan kedua, barisan pertahanan ketiga akan diaktifkan untuk bertindak.
Barisan pertahanan ketiga merupakan gerak balas keimunan oleh sel limfosit.
Sel limfosit yang terbentuk di dalam nodus limfa menghasilkan antibodi.
Tindakan antibodi adalah spesifik.
Setiap jenis antibodi hanya boleh bergabung dengan antigen tertentu.
Apabila seseorang dijangkiti patogen, sejumlah besar sel limfosit terkumpul di dalam nodus limfa untuk memusnahkan antigen dan bendasing.
Hal ini menyebabkan nodus limfa membengkak.
Nodus limfa juga mengandungi makrofaj yang memusnahkan bakteria, tisu mati dan bendasing secara fagositosis.
Limfosit dibahagikan kepada dua jenis iaitu sel limfosit T dan sel limfosit B.
Sel limfosit T menyerang sel-sel yang dijangkiti oleh patogen.
Sel limfosit T juga merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan sel memori.
Sekiranya patogen yang sama menyerang, sel memori akan dirangsang untuk menghasilkan antibodi dengan serta-merta.

Bab : Keimunan Manusia
Topik : Pertahanan Badan
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Tindakan Antibodi
Jenis Keimunan
Isu Kesihatan Berkaitan Keimunan Manusia
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Laporkan nota ini
Battle Kuiz
Cabar rakan anda dalam Kuiz Battle
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun