Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Meiosis
Kembali
Meiosis
6.3
Meiosis
Pengenalan
Meiosis ialah proses pembahagian sel yang berlaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet yang mempunyai bilangan kromosom separuh (haploid) daripada bilangan kromosom sel induknya (diploid).
Meiosis berlaku di dalam testis (jantan/lelaki) dan ovari (betina/perempuan) bagi haiwan dan manusia.
Keperluan Meiosis
Meiosis membentuk gamet melalui proses gametogenesis serta memastikan bilangan kromosom diploid sesuatu organisma yang menjalankan pembiakan seks sentiasa dikekalkan dari satu generasi ke satu generasi.
Meiosis juga menghasilkan variasi genetik dalam spesies yang sama.
Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat pembahagian sel iaitu meiosis I dan meiosis II.
Meiosis I terdiri daripada profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I.
Meiosis II terdiri daripada profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II.
Meiosis I
Profasa I
Kromatin memendek, menebal dan membentuk kromosom yang jelas kelihatan.
Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen (ataupun dikenali sebagai tetrad iaitu terdapat empat kromatid bagi kromosom homolog).
Proses pindah silang iaitu pertukaran bahan genetik antara kromatid-kromatid bukan seiras berlaku.
Pindah silang menghasilkan kombinasi gen yang baharu pada kromosom.
Tempat di mana kromatid bersilang disebut sebagai kiasma.
Pada akhir profasa I, membran nukleus dan nukleolus mula menghilang.
Kedua-dua sentriol bergerak ke kutub sel bertentangan.
Gentian gelendong terbentuk antara sentriol.
Metafasa I
Kromosom homolog tersusun di satah khatulistiwa.
Satu kromosom daripada setiap pasangan kromosom homolog terikat pada gentian gelendong dari satu kutub sel dan homolognya terikat pada gentian gelendong dari kutub sel bertentangan.
Kromatid kembar masih terikat bersama kerana sentromer masih belum berpisah.
Anafasa I
Gentian gelendong mengecut menyebabkan setiap kromosom homolog berpisah daripada pasangan homolognya dan tertarik ke kutub sel yang bertentangan.
Setiap kromosom masih terdiri daripada sepasang kromatid kembar yang terikat pada sentromer dan bergerak sebagai satu unit.
Telofasa I
Kromosom tiba di kutub sel bertentangan.
Setiap kutub sel mengandungi bilangan kromosom haploid yang terdiri daripada satu set kromosom sahaja.
Gentian gelendong kemudiannya menghilang.
Nukleolus muncul semula dan membran nukleus terbentuk.
Telofasa I disusuli oleh proses sitokinesis yang menghasilkan dua sel anak.
Kedua-dua sel anak yang terhasil berada dalam keadaan haploid.
Interfasa bagi meiosis I lazimnya singkat dan DNA tidak menjalani replikasi.
Meiosis II
Profasa II
Nukleolus dan membran nukleus menghilang.
Setiap kromosom terdiri daripada kromatid kembar yang bercantum di sentromer.
Gentian gelendong mula terbentuk di dalam kedua-dua sel anak.
Metafasa II
Kromosom tersusun secara rawak pada satah khatulistiwa bagi setiap sel anak
Setiap kromatid terikat pada gentian gelendong di sentromer.
Metafasa II tamat apabila sentromer berpisah.
Anafasa II
Sentromer kromatid kembar berpisah.
Pasangan kromatid kembar berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan didahului oleh sentromer.
Telofasa II
Kromosom tiba di kutub sel.
Gentian gelendong menghilang.
Membran nukelus dan nukleolus terbentuk semula.
Bilangan kromosom setiap sel anak adalah separuh daripada bilangan kromosom induk.
Telofasa II berakhir dengan proses sitokinesis yang menghasilkan empat sel anak yang haploid.
Setiap sel haploid mempunyai separuh daripada bilangan kromosom sel induk.
Kandungan genetik juga berbeza daripada sel induk yang diploid.
Sel haploid berkembang menjadi gamet.
Perbandingan dan Perbezaan antara Mitosis dan Meiosis

Bab : Pembahagian Sel
Topik : Meiosis
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Pembahagian Sel
Kitar Sel dan Mitosis
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Aras Organisasi
Laporkan nota ini
Tebus eVoucher
Tebus ganjaran untuk meghargai kerja keras anda
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun