Meiosis

6.3 Meiosis
 
Pengenalan
  • Meiosis ialah proses pembahagian sel yang berlaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet yang mempunyai bilangan kromosom separuh (haploid) daripada bilangan kromosom sel induknya (diploid).
  • Meiosis berlaku di dalam testis (jantan/lelaki) dan ovari (betina/perempuan) bagi haiwan dan manusia.
 
Keperluan Meiosis
  • Meiosis membentuk gamet melalui proses gametogenesis serta memastikan bilangan kromosom diploid sesuatu organisma yang menjalankan pembiakan seks sentiasa dikekalkan dari satu generasi ke satu generasi.
  • Meiosis juga menghasilkan variasi genetik dalam spesies yang sama.
  • Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat pembahagian sel iaitu meiosis I dan meiosis II.
    • Meiosis I terdiri daripada profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I.
    • Meiosis II terdiri daripada profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II.
 
Meiosis I
Profasa I
  • Kromatin memendek, menebal dan membentuk kromosom yang jelas kelihatan.
  • Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen (ataupun dikenali sebagai tetrad iaitu terdapat empat kromatid bagi kromosom homolog).
  • Proses pindah silang iaitu pertukaran bahan genetik antara kromatid-kromatid bukan seiras berlaku.
  • Pindah silang menghasilkan kombinasi gen yang baharu pada kromosom.
  • Tempat di mana kromatid bersilang disebut sebagai kiasma.
  • Pada akhir profasa I, membran nukleus dan nukleolus mula menghilang.
  • Kedua-dua sentriol bergerak ke kutub sel bertentangan.
  • Gentian gelendong terbentuk antara sentriol.
Metafasa I
  • Kromosom homolog tersusun di satah khatulistiwa.
  • Satu kromosom daripada setiap pasangan kromosom homolog terikat pada gentian gelendong dari satu kutub sel dan homolognya terikat pada gentian gelendong dari kutub sel bertentangan.
  • Kromatid kembar masih terikat bersama kerana sentromer masih belum berpisah.
Anafasa I
  • Gentian gelendong mengecut menyebabkan setiap kromosom homolog berpisah daripada pasangan homolognya dan tertarik ke kutub sel yang bertentangan.
  • Setiap kromosom masih terdiri daripada sepasang kromatid kembar yang terikat pada sentromer dan bergerak sebagai satu unit.
Telofasa I
  • Kromosom tiba di kutub sel bertentangan.
  • Setiap kutub sel mengandungi bilangan kromosom haploid yang terdiri daripada satu set kromosom sahaja.
  • Gentian gelendong kemudiannya menghilang.
  • Nukleolus muncul semula dan membran nukleus terbentuk.
  • Telofasa I disusuli oleh proses sitokinesis yang menghasilkan dua sel anak.
  • Kedua-dua sel anak yang terhasil berada dalam keadaan haploid.
  • Interfasa bagi meiosis I lazimnya singkat dan DNA tidak menjalani replikasi.
 
Meiosis II
Profasa II
  • Nukleolus dan membran nukleus menghilang.
  • Setiap kromosom terdiri daripada kromatid kembar yang bercantum di sentromer.
  • Gentian gelendong mula terbentuk di dalam kedua-dua sel anak.
Metafasa II
  • Kromosom tersusun secara rawak pada satah khatulistiwa bagi setiap sel anak
  • Setiap kromatid terikat pada gentian gelendong di sentromer.
  • Metafasa II tamat apabila sentromer berpisah.
Anafasa II
  • Sentromer kromatid kembar berpisah.
  • Pasangan kromatid kembar berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan didahului oleh sentromer.
Telofasa II
  • Kromosom tiba di kutub sel.
  • Gentian gelendong menghilang.
  • Membran nukelus dan nukleolus terbentuk semula.
  • Bilangan kromosom setiap sel anak adalah separuh daripada bilangan kromosom induk.
  • Telofasa II berakhir dengan proses sitokinesis yang menghasilkan empat sel anak yang haploid.
  • Setiap sel haploid mempunyai separuh daripada bilangan kromosom sel induk.
  • Kandungan genetik juga berbeza daripada sel induk yang diploid.
  • Sel haploid berkembang menjadi gamet.
 
Imej ini menunjukkan proses meiosis, yang terdiri daripada dua pusingan pembahagian sel: Meiosis I dan Meiosis II. 1. Interphase: DNA disalin. 2. Prophase I: Kromosom berpasangan dan rekombinasi berlaku. 3. Metaphase I: Kromosom berbaris di tengah. 4. Anaphase I: Kromosom homolog terpisah. 5. Telophase I & Cytokinesis: Dua sel diploid terbentuk. 6. Prophase II: Sel bersedia untuk pembahagian kedua. 7. Metaphase II: Kromosom berbaris di tengah. 8. Anaphase II: Krom
 
Perbandingan dan Perbezaan antara Mitosis dan Meiosis

Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor