Kitar Sel dan Mitosis

6.2 Kitar Sel dan Mitosis
 
Pengenalan
  • Kitar sel merujuk kepada turutan kejadian yang melibatkan penggandaan DNA serta pembahagian sel untuk menghasilkan dua sel anak. 
  • Kitar sel terdiri daripada interfasa dan fasa M.
  • Interfasa merupakan fasa yang paling panjang dalam kitar sel.
  • Fasa ini terdiri daripada fasa G1, S dan G2.
 
Imej ini menunjukkan rajah kitaran sel yang dibahagikan kepada empat fasa utama: G1 phase, S phase, G2 phase, dan M phase. Rajah ini berbentuk bulatan dengan setiap fasa diwakili oleh bahagian yang berlainan warna oren. Di tengah-tengah bulatan terdapat label Cell Cycle dengan logo Pandai. Terdapat dua nota di luar bulatan: satu di bahagian atas kanan menyatakan bahawa G1 phase, S phase, dan G2 phase adalah fasa-fasa interphase, manakala nota di bahagian bawah kanan menyatakan bahawa M phase terdiri daripada prophase, metaphase, anaphase, telophase, dan cytokinesis.
 
Interfasa
Fasa G1
  • Sel membesar.
  • Komponen sel seperti mitokondrion dan jalinan endoplasma dihasilkan dalam fasa ini.
  • Protein untuk kegunaan kitar sel juga disintesis ketika ini. 
  • Pada peringkat ini, nukleus kelihatan besar dan kromosom adalah dalam bentuk kromatin.
Fasa S
  • Sintesis DNA berlaku dalam fasa S apabila DNA dalam nukleus menjalani replikasi.
  • Setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid seiras yang dikenali sebagai kromatid kembar.
  • Kedua-dua kromatid mengandungi salinan molekul DNA yang sama.
  • Kedua-dua kromatid ini berpaut pada sentromer.
Fasa  G2
  • Sel terus membesar dan kekal aktif secara metabolik semasa fasa G2.
  • Sel mengunpul tenaga dan membuat persiapan terakhir untuk memasuki peringkat pembahagian sel yang seterusnya.
  • Selepas peringkat interfasa, sel memasuki fasa M.
 
Fasa M
  • Fasa M terdiri daripada mitosis dan sitokinesis.
  • Mitosis melibatkan profasa, metafasa, anfasa dan telofasa.
 
Mitosis
Profasa
  • Di dalam nukleus, kromatin mula memendek dan menebal bagi membentuk struktur kromosom yang dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.
  • Kromosom kelihatan terdiri daripada dua bebenang seiras yang disebut kromatid kembar.
  • Kedua-dua kromatid kembar terikat di sentromer.
  • Membran nukelus terurai, nukleolus menghilang, sentriol berpindah ke kutub bertentangan dan gentian gelendong mula terbentuk
Metafasa
  • Sentriol berada di kutub sel yang bertentangan.
  • Gentian gelendong menetapkan kromosom pada satah khatulistiwa.
  • Kromosom tersusun dalam satu barisan di satah khatulistiwa.
  • Metafasa berakhir apabila sentromer mula membahagi.
 Anafasa
  • Sentromer membahagi dua dan kromatid kembar berpisah.
  • Gentian gelendong memendek, mengecut dan kromatid kembar tertarik ke kutub sel yang bertentangan.
  • Anafasa berakhir apabila kromatid sampai di kutub sel.
Telofasa
  • Apabila sampai dikutub bertentangan, kromatid kini dikenali sebagai kromosom anak.
  • Setiap kutub sel mempunyai satu set kromosom yang lengkap dan seiras.
  • Kromosom berbentuk bebenang halus kromatin semula.
  • Nukelolus terbentuk semula.
  • Gentian gelendong menghilang.
  • Membran nukleus baharu terbentuk.
  • Peringkat telofasa diikuti oleh sitokinesis.
 
Sitokinesis
  • Stiokinesis ialah pembahagian sitoplasma yang berlaku sebaik sahaja nukleus terbentuk iaitu pada akhir telofasa.
 
Sitokinesis dalam Sel Haiwan
  • Sitokinesis berlaku apabila membran plasma mencerut di bahagian tengah sel di antara dua nukleus.
  • Mikrofilamen yang terdapat di tempat pencerutan mengecut menyebabkan sel mencerut sehingga terputus menjadi dua sel anak.
 
Sitokinesis dalam Sel Tumbuhan
  • Sitokinesis dalam sel tumbuhan pula bermula apabila vesikel yang dibentuk bercantum mebentuk plat sel di bahagian tengah sel.
  • Plat sel dikelilingi oleh membran plasma baharu dan bahan dinding sel baharu terbentuk di ruang antara plat sel.
  • Plat sel berkembang ke arah luar sehingga bercantum dengan membran plasma.
  • Pada akhir sitokinesis, gentian selulosa dihasilkan oleh sel untuk menguatkan dinding sel baharu.
  • Dua sel anak terbentuk.
  • Setiap sel anak berkeadaan diploid.
 
​​​​
 
Keperluan Mitosis
  • Mitosis penting dalam proses hidup.
  • Bagi perkembangan embrio dan pertumbuhan organisma, mitosis memastikan pertambahan sel yang pesat dapat berlaku.
  • Melalui proses mitosis, cicak mampu menghasilkan ekor yang baharu (penjanaan semula) sekiranya ekor terputus.
  • Apabila kecederaan berlaku pada badan kita, mitosis akan menghasilkan sel-sel baharu menggantikan sel-sel yang mati atau rosak.
  • Mitosis membantu organisma seperti hidra menghasilkan individu baharu melalui pembentukan tunas.
  • Dalam bidang pertanian, teknik pengkulturan tisu tumbuhan digunakan untuk menghasilkan anak-anak pokok melalui prngkulturan sel-sel induknya tanpa melalui proses persenyawaan.
  • Teknik pengkulturan menggunakan sel stem daripada haiwan yang kemudiannya dikultur di dalam makmal untuk menghasilkan daging.
  • Terapi sel stem menggunakan sel stem daripada sumsum tulang bagi merawat rawan yang rosak.