Pembahagian Sel

6.1 Pembahagian Sel
 
Pengenalan
  • Sel di dalam badan kita sentiasa membesar, membahagi dan mati.
  • Oleh itu, sel yang mati mestilah diganti dengan sel yang baru.
  • Sel-sel dalam badan menghasilkan sel-sel baru melalui proses pembahagian sel.
  • Pembahagian sel melibatkan dua peringkat iaitu karyokinesis dan sitokinesis.
  • Karyokinesis melibatkan pembahagian nukleus.
  • Sitokinesis melibatkan pembahagian sitoplasma.
  • Sel badan organima terbahagi kepada sel soma dan sel pembiakan atau gamet.
  • Dalam sel diploid, satu set kromosom berasal daripada induk jantan atau kromosom paternal dan satu set lagi berasal daripada induk betina atau kromosomom maternal.
  • Kedua-dua kromosom paternal dan kromosom maternal mempunyai ciri-ciri struktur yang serupa.
  • Pasangan kromosom ini disebut sebagai kromosom homolog.
  • Kromatin ialah kromosom yang terlihat seperti bebenang yang panjang.
 
Imej ini menunjukkan perbandingan antara sel somatik dan gamet dalam bentuk jadual. **Sel Somatik:** - Sel badan selain daripada gamet. - Sel somatik dihasilkan melalui proses mitosis. - Ia mengandungi bilangan diploid kromosom, iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. - Dalam sel somatik manusia, 2n = 46. **Gamet:** - Gamet adalah sel pembiakan. - Gamet dihasilkan melalui proses meiosis. - Ia mengandungi bilangan haploid kromosom, iaitu setiap sel mengandungi satu set kromosom atau n. - Dalam gamet manusia, n =