Protein

4.3 Protein
 
Pengenalan
  • Protein ialah sebatian kompleks yang diperbuat daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen
  • Kebanyakan protein juga mengandungi sulfur dan fosforus
  • Makanan yang kaya dengan protein terdiri daripada ikan, daging, susu, kekacang dan telur
 
Imej itu ialah infografik bertajuk Jenis Protein. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian utama: 1. Asid Amino: Dilabel sebagai Monomer protein dan diserlahkan dalam kotak oren. 2. Dipeptida: Diterangkan sebagai Terdiri daripada dua asid amino dan ditunjukkan dalam kotak biru muda. 3.Polypeptides: Ditakrifkan sebagai Polimer protein dan diletakkan di dalam kotak kuning muda. Selain itu, terdapat senarai di sebelah kanan di bawah polipeptida yang merangkumi: - Struktur primer - Struktur sekunder - Struktur tertier - Struktur kuarterner
 
Protein
  • Semua protein diperbuat daripada satu atau lebih polimer yang dikenali sebagai polipeptida
  • Setiap polipeptida diprbuat daripada monomer atau unit kecil yang dikenali sebagai asid amino 
  • Sebuah polipeptida boleh mengandungi lima pilih ke ribuan molekul asid amino
  • Asid amino disambungkan melalui proses kondensasi
  • Dipeptida diperbuat daripada dua molekul asid amino yang disambungkan oleh ikatan peptida melalui proses kondensasi
  • Dalam proses ini, satu molekul air disingkirkan
  • Kondensasi boleh menyambungkan lebih banyak asid amino untuk membentuk rantaian polippetida
    • asid amino + asid amino \(\xrightarrow{\text{kondensasi}}\) dipeptida + air
    • dipeptida + air \(\xrightarrow{\text{hidrolisis}}\) asid amino + asid amino
  • Setiap dipeptida boleh diuraikan kepada asid amino melalui hidrolisis
  • Terdapar lebih daripada 20 jenis asid amino yang hadir secara semulajadi
  • Pelbagai jenis molekul polipeptida yang boleh terbentuk daripada 20 jenis asid amino
  • Ini kerana setiap protein berbeza dari segi urutan asid amino dan rantaian polipeptidanya
 
Kepentingan Protein dalam Sel
  • Protein digunakan untuk membentuk sel baru, memulihkan tisu yang rosak dan untuk mensistesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin
  • Protein juga membentuk bahan binaan seperti keratin dalam kulit, kolagen dalam tulang dan miosin dalam tisu otot 
  • Penguraian protein atau polipeptida oleh enzim pencernaan memberikan kita tenaga untuk menjalan aktiviti harian
  • Polipeptida boleh diuraikan kepada asid amino 
  • Asid amino boleh digunakan semula untuk membina molekul protein yang diperlukan oleh badan

Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor