Komunikasi dalam Biologi

 1.3  Komunikasi dalam Biologi
 
Jadual
  • Digunakan untuk merekod data dan mempersembahkan data
  • Digunakan untuk menyusun data dengan sistematik dan memudahkan perbandingan data 
  • Tajuk-tajuk dalam jadual terdiri daripada pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas berserta unit
  • Pemboleh ubah dimanipulasikan diletakkan dalam lajur di sebelah kiri
  • Pemboleh ubah bergerak balas diletakkan dalam lajur di sebelah kanan
 
Graf
  • Menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas
  • Terdapat beberapa jenis graf seperti graf garis, carta bar dan histogram
 
Kaedah Melukis Graf
 Graf Garis
  • Pemboleh ubah bergerak balas diwakili oleh paksi menegak (paksi-y) dan pemboleh ubah dimanipulasikan diwakili oleh paksi mendatar (paksi-x)
  • Skala pada paksi harus seragam
  • Tanda titik dengan simbol yang sesuai seperti ‘x’
  • Tajuk untuk graf: “Graf (pemboleh ubah bergerak balas) melawan (pemboleh ubah dimanipulasikan)”
Graf Bar
  • Lukis dua paksi iaitu paksi mendatar/X untuk mewakili pemboleh ubah dimanipulasikan dan paksi menegak/Y bagi menunjukkan pemboleh ubah bergerak balas
  • Setiap lebar palang perlu seragam
  • Tinggi palang bergantung pada kekerapan atau frekuensi sesuatu data
  • Carta bar digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih perkara pada sesuatu masa
Histogram
  • Lukis dua paksi iaitu paksi mendatar/X untuk mewakili data yang telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut sela yang sesuai dan paksi menegak/Y untuk menunjukkan kekerapan
  • Masukkan label dan unit paksi
  • Saiz atau lebar palang hendaklah sama untuk semua sela kelas dan tiada jarak antara palang
 
Lukisan Biologi
  • Memberi gambaran tepat sesuatu spesimen yang diperhatikan
 
Ciri-ciri lukisan biologi:

  • Besar dan tepat; gunakan pensel yang tajam dan bukan pensel warna atau pen
  • Tidak berlorek secara artistik
  • Garisan lukisan perlulah jelas, bersih, berterusan dan tidak terputus-putus
  • Jangan gunakan pembaris untuk melukis garis bentuk spesimen
  • Lukisan mesti berlabel.
  • Garis label mesti tertuju pada struktur yang betul, tiada kepala anak panah, mestilah lurus dan tidak bersilang antara satu sama lain
  • Lukisan harus mempunyai tajuk
  • Setiap struktur dalam lukisan mesti terletak pada kedudukan yang betul dan saiznya berkadaran dengan semua struktur yang lain
  • Terdiri daripada lukisan pelan dan lukisan terperinci
  • Mesti menyatakan faktor pembesaran: \(\dfrac{\text{panjang lukisan dalam cm}}{\text{panjang spesimen dalam cm}}\)
 
Satah
  • Satah merujuk kepada permukaan rata bayangan yang melintasi badan
 
Terdiri daripada:

  • satah sagital (membahagikan tubuh kepada bahagian kiri dan kanan)
  • satah frontal (membahagikan tubuh kepada bahagian depan dan belakang)
  • satah melintang (membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan bawah) 
 
Keratan
  • Keratan rentas membahagikan struktur kepada bahagian atas dan bawah secara melintang manakala keratan membujur membahagikan struktur kepada bahagian kiri dan kanan
 
Carta ini mempunyai enam arah yang dijelaskan: 1. Anterior: ke arah depan badan. 2. Posterior: ke arah belakang badan. 3. Superior: bahagian yang di atas semua bahagian lain atau ke arah kepala. 4. Inferior: terletak di bawah bahagian lain atau ke arah kaki. 5. Ventral: ke arah bahagian bawah badan. 6. Dorsal: ke arah bahagian atas badan. 7. Lateral: jauh dari garis tengah atau di sisi badan.