Kerjasama Demi Keharmonian Negara

12.1 Kerjasama demi keharmonian negara
 

1. Definisi: Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

2. Kita harus mengamalkan sikap kerjasama demi keharmonian negara.

3. Contoh kerjasama demi keharmonian negara:

  • Memelihara dan memulihara demi kelestarian alam sekitar 
  • Mengekalkan warisan budaya negara ini bersama-sama 
  • Menangani isu pencemaran air 
  • Mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan berkaitan dengan isu kesihatan awam 
  • Memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam 
  • Berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk mencegah jenayah

4. Cara memupuk amalan kerjasama demi keharmonian negara:

 
Bersama-sama membanteras masalah sosial di kawasan kediaman
Menyertai aktiviti kongsi raya
Meyertai aktiviti kemasyarakatan
 

5. Kepentingan amalan kerjasama demi keharmonian negara:

  • Memakmurkan dan memajukan negara kita 
  • Mengukuhkan ekonomi negara kita 
  • Meningkatkan imej negara kita 
  • Menjami keselamatan negara kita