Chapter 2: Aplikasi Teknologi
What you need to learn in this chapter
Dalam topik ini, pelajar akan meneroka pelbagai aspek aplikasi teknologi, meliputi pelbagai bidang seperti pembuatan, reka bentuk mekanikal, elektrik, elektronik, reka bentuk sistem akuaponik, dan reka bentuk makanan. Mereka akan mendapat cerapan tentang proses pembuatan konvensional dan moden, membangunkan model 3D, menganalisis reka bentuk dan mencadangkan reka bentuk produk yang lebih cekap. Selain itu, pelajar akan mendalami reka bentuk sistem mekanikal dan elektrik, memahami komponen elektrik, dan mempelajari tentang mikropengawal. Mereka juga akan menemui dunia reka bentuk sistem akuaponik, faedahnya dan komponennya. Akhir sekali, mereka akan meneroka bidang kreatif reka bentuk makanan, memahami kepentingannya dan menggunakan alatan dan peralatan untuk mencipta dan menilai reka bentuk makanan.
Topics in this chapter
What you will learn in this topic
- Mengenal pasti teknologi pembuatan produk.
- Menghuraikan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden
- Membanding beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam proses penghasilan produk.
- Membuat lakaran model 3D bermaklumat.
- Menganalisis lakaran model 3D.
- Membuat acuan model 3D
- Membuat model 3D
- Membuat kemasan model 3D berdasarkan bahan binaan
- Menilai model 3D yang telah dihasilkan
- Menjana idea untuk penghasilan reka bentuk produk yang lebih efisien
What you will learn in this topic
- Mengenal pasti komponen mekanikal
- Menjelaskan bagaimana sistem mekanikal berfungsi pada produk yang dipilih
- Menghasilkan lakaran 3D reka bentuk komponen sistem mekanikal produk yang dipilih
- Menganalisis kesesuaian komponen sistem mekanikal produk yang dipilih
- Membuat rumusan kekuatan dan kelemahan komponen sistem mekanikal produk yang dipilih
- Memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada sistem tersebut berdasarkan pandangan murid
- Menghasilkan lakaran 3D reka bentuk berdasarkan cadangan penambahbaikan
- Membina model mekanikal berfungsi
What you will learn in this topic
- Mentakrifkan reka bentuk elektrik
- Menyatakan elemen elektrik iaitu sumber, medium, beban dan kawalan
- Mengenal pasti sumber tenaga elektrik iaitu Arus ulang alik (AU) dan Arus terus (AT).
- Mengenal pasti peralatan domestik yang menggunakan arus terus dan arus ulang alik.
- Membanding beza kekuatan dan kelemahan peralatan yang menggunakan AU dengan AT
- Mengkaji hasil sambungan litar elektrik asas iaitu litar selari, litar siri, dan litar siriselari
- Membuat pengiraan parameter elektrik dalam reka bentuk litar.
- Mengenal pasti istilah asas bagi kendalian litar iaitu litar tertutup/lengkap, litar buka, litar pintas, litar salah kekutuban, litar bocor dan litar bypass
- Menjejak kerosakan menggunakan meter pelbagai
- Menguji litar pintas, litar buka dan kesalahan kekutuban menggunakan meter pelbagai.
- Mengkaji keterusan litar peralatan elektrik domestik seperti seterika, periuk nasi elektrik, pembakar roti, lampu pijar dan lampu pendaflour
- Menyediakan laporan ringkas mengenai peralatan elektrik yang dipilih.
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud mikropengawal (microcontroller) dan mikropemproses (microprocessor)
- Menjelaskan bahagianbahagian yang terdapat pada mikropengawal (microcontroller).
- Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik.
- Membuat penyambungan peranti input dan peranti output kepada mikropengawal (microcontroller).
- Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan peranti input dan peranti output.
- Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik.
- Mencadangkan penambahbaikan ke atas reka bentuk litar elektronik dan pengaturcaraan.
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponik
- Menjelaskan kelebihan reka bentuk akuaponik.
- Mengenal pasti komponen akuaponik.
- Melakar reka bentuk baharu sistem akuaponik bermaklumat
- Menganalisis lakaran reka bentuk baharu sistem akuaponik.
- Membina model reka bentuk baharu sistem akuaponik.
- Menilai model reka bentuk baharu sistem akuaponik
- Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien
What you will learn in this topic
- Mentakrifkan reka bentuk makanan.
- Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan
- Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan
- Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk makanan
- Menghasilkan reka bentuk makanan
- Menilai reka bentuk makanan yang dihasilkan
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more »