Video Percuma untuk Pelajar
Pandai Video adalah satu inisiatif bagi menyusun video pendidikan yang tersedia secara umum dan mengkategorikannya berdasarkan kurikulum sekolah Malaysia (KSSR & KSSM).
Setiap video dikategorikan mengikut tahun, subjek, bab dan topik yang sepadan.
Inisiatif ini adalah usaha komuniti untuk menyediakan semua pelajar sekolah akses video pendidikan yang baik secara percuma dan mudah.
Sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada usaha ini dengan
menghantar video baru
.
Platform ini ditawarkan secara percuma untuk tujuan pendidikan. Semua video dimiliki oleh pemilik masing-masing. Pemahaman kami platform ini mengikut penggunaan fair use. Bagaimanapun, memandangkan ia terbuka untuk tafsiran, jika pemilik video mahu kami mengeluarkannya, kami tidak mempunyai masalah dengan itu dan akan melakukannya secepat mungkin. Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang maklumbalas.