Pengaratan Bahan

 
Karat terdiri daripada besi oksida iaitu bahan merah keperangan terbentuk oleh tindak balas besi yang didedahkan dengan oksigen dengan kehadiran air atau kelembapan udara. Permukaan karat adalah tidak stabil dan rapuh.
 
7.1  Pengaratan Bahan
 
  • Objek di persekitaran kita diperbuat daripada pelbagai bahan
  • Ada bahan yang boleh berkarat dan ada bahan yang tidak boleh berkarat
  • Faktor penyebab karat:
  1. Kehadiran air
  2. Kehadiran udara
  • Pengaratan tidak akan berlaku sekiranya salah satu faktor ini tidak ada
 
Objek yang berkarat
  • Objek yang diperbuat daripada besi/ferum boleh berkarat. 
  • Contoh objek yang boleh berkarat ialah peti surat besi, sudu besi, pisau besi
  • Apabila pengaratan berlaku, objek akan bertukar menjadi merah keperangan, permukaan yang berkarat menjadi kasar dan rapuh.
  • Pada masa yang tertentu, besi bertukar sepenuhnya menjadi karat dan hancur.

 
Kepentingan mengelakkan objek daripada berkarat
  • Objek akan bertahan lebih lama dan tidak mudah pecah
  • Objek akan kelihatan bersih dan menyenangkan
  • Menjimatkan kos kerana objek tidak perlu diganti dengan kerap
  • Objek selamat digunakan
 
Cara untuk mengelakkan pengaratan
  • Pengaratan dapat dihindari dengan mencegah benda-benda yang terbuat dari besi dan keluli daripada bersentuhan dengan udara dan air.
  • Kaedah berikut digunakan untuk mencegah karat:
  1. Mengecat
  2. Menyapukan minyak atau gris
  3. Lapisan dengan bahan anti karat seperti plastik