Kemandirian Spesies Haiwan

  • Haiwan perlu melindungi diri untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya. Hal ini penting bagi mengelakkan kepupusan haiwan dan untuk keseimbangan ekosistem. Ekosistem adalah komuniti atau kumpulan organisma hidup yang tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam persekitaran tertentu. Keseimbangan ekosistem akan terjejas sekiranya berlaku perubahan populasi yang ketara dalam sesuatu habitat.
 
3.1  Kemandirian Spesies Haiwan
 
  • Kemandirian spesies haiwan ialah keupayaan haiwan untuk mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.
  • Haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas untuk melindungi dirinya daripada musuh.
 
Berlindung daripada Musuh
  • Ciri khas pada anggota badan haiwan dapat melindunginya daripada musuh
  1. Kura-kura, penyu, siput mempunyai cengkerang yang keras bagi melindungi badannya yang lembut
  2. Lebah, lipan dan tebuan mempunyai sengat yang mengeluarkan bisa yang dapat menyakitkan atau membunuh musuh
  3. Kuda, arnab dan katak mempunyai otot kaki yang kuat untuk bergerak pantas bagi menyelamatkan diri daripada musuh
  4. Pepijat, kumbang dan lipas mengeluarkan bau yang busuk menyebabkan musuh tidak mendekatinya
  5. Rama-rama mempunyai corak yang menyerupai mata palsu pada sayapnya bagi memperdaya musuh
  6. Tanduk tajam yang terdapat pada rusa, kerbau dan seladang digunakan untuk mempertahankan diri
  7. Sisik keras yang terdapat pada buaya dan ikan Arapaima melindungi dirinya daripada kecederaan
  • Sesetengah haiwan mempunyai tingkah laku khas bagi melindungi diri daripada musuh
  1. Landak akan memecut masuk ke dalam sarang bawah tanah jika diserang. Jika gagal melarikan diri, landak akan mengembangkan duri tajam pada badannya untuk menakutkan musuh. Musuh yang cuba menyentuh badan landak akan tercucuk duri tajam tersebut.
  2. Apabila berasa terancam, ikan buntal akan mengembungkan badannya yang berduri tajam sehingga saiznya menjadi tiga kali ganda untuk menakutkan musuh. Ikan buntal juga beracun
  3. Cicak dan kurita akan memutuskan anggota badannya apabila diserang. Cara ini akan menyebabkan musuh keliru sementara cicak dan kurita melarikan diri
  4. Sotong dan kurita akan menyemburkan dakwat hitam ke arah musuh apabila diserang. Kemudian, haiwan ini akan melarikan diri dengan pantas untuk menyelamatkan diri
  5. Kura-kura akan memasukkan anggota badannya ke dalam cengkerang apabila berasa terancam
  6. Tenggiling, ulat gonggok akan menggulungkan diri apabila berasa terancam
  7. Gajah, semut hidup berkumpulan untuk melindungi diri dan mengurangkan risiko diserang oleh musuh
 
Berlindung daripada cuaca melampau
  • Sesetengah haiwan tinggal di tempat yang sangat panas dan sejuk
  • Cuaca melampau ini memerlukan haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi dirinya.
Ciri/Tingkah Laku Penerangan

Berbulu tebal

  • Memerangkap udara untuk mengurangkan kehilangan haba agar badan sentiasa hangat
  • Contoh: 
    • Beruang kutub
    • Serigala kutub

Berhibernasi

  • Tidak aktif/tidur yang panjang untuk mengurangkan pergerakan & mengelakkan kehilangan banyak tenaga
  • Contoh:
    • Beruang kutub
    • Musang artik
Lapisan lemak tebal
  • Mengekalkan haba badan dalam cuaca yang sangat sejuk
  • Contoh:
    • Singa laut
    • Walrus

Bulu pelepah pendek dan padat

  • Bulu pelepah yang pendek & padat menjadikannya kalis air, juga berfungsi sebagai penebat haba dan mengawal suhu badan
  • Contoh:
    • Penguin

Bermigrasi

  • Bergerak secara bermusim ke tempat lain untuk membiak dan mendapatkan makanan
  • Contoh:
    • Ikan paus
    • Bangau

Berendam di dalam air, lumpur

  • Menyejukkan badannya ketika cuaca panas, menghindari gigitan serangga atau parasit
  • Contoh: 
    • Kerbau
    • Badak air 

Bonggol

  • Bonggol untuk menyimpan air dan lemak, membolehkan hidup tanpa makanan sehingga 2 minggu
  • Contoh: 
    • Unta

Cuping telinga yang kecil

  • Mengurangkan kehilangan haba daripada badan kerana cuaca sangat sejuk
  • Contoh: 
    • Singa laut 
    • Walrus 

Cuping telinga yang besar

  • Lebih banyak haba dapat dibebaskan daripada badan kerana cuaca panas
  • Contoh: 
    • Musang gurun 
    • Tikus gurun
 
Haiwan melindungi telur
  • Haiwan bertelur dan melindungi telur untuk melindungi spesiesnya daripada musuh & kepupusan
  • Terdapat beberapa cara haiwan bertelur dan melindungi telurnya daripada musuh
Cara haiwan melindungi telur
 
Menyembunyikan telur
 
  • Membuat jerumun, menyembunyikan di tempat tersorok atau di dalam tanah
  • Contoh
    • Buaya
    • Cicak
    • Belalang
 
Bertelur dengan banyak
 
  • Memastikan lebih banyak anaknya dapat hidup
  • Contoh: 
    • Nyamuk
    • Lalat
    • Penyu
 
Telur berlendir, berbau busuk
 
  • Menyebabkan telur melekat antara satu sama lain & membentuk gumpalan yang besar & licin, menyukarkan haiwan lain memakannya
  • Contoh:
    • Katak
    • Ikan
 
Mengeram telur
 
  • Mengeramkan telur sehingga menetas
  • Contoh:
    • Ayam
    • Burung
 
Menjaga telur
 
  • Melingkari telur & akan menyerang haiwan yang mendekati
  • Contoh:
    • Ular
    • Ayam
    • Buaya
    • Burung

Haiwan memastikan anaknya terus hidup
  • Haiwan beranak dan bertelur untuk membiak dan memastikan spesiesnya kekal wujud
  • Haiwan melindungi telur dan anaknya dengan pelbagai cara

  • Mamalia seperti kucing, arnab dan kambing menjaga dan menyusukan anaknya sehingga anaknya mampu mencari makanan sendiri.

  • Anak kanggaru yang baru lahir menyusu dan membesar sepenuhnya di dalam kantung induk untuk menjamin keselamatannya

  • Buaya dan ikan talapia membawa anaknya di dalam mulut semasa bergerak dan mencari makanan

  • Ayam dan monyet akan menyerang apabila anaknya diganggu

  • Haiwan seperti burung juga akan memberi anaknya makan setelah keluar mencari makanan