Hubungan Makanan Antara Hidupan

3.3  Hubungan Makanan Antara Hidupan
 
  • Hidupan dalam sesebuah habitat saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber makanan.
  • Matahari merupakan sumber utama dalam ekosistem, diikuti dengan pengeluar dan pengguna.
 
Rantai makanan
  • Rantai makanan adalah hubungan makanan antara hidupan.
  • Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
  • Sebagai contoh: Buah-buahan -> Tupai -> Ular -> Helang
 
Pengeluar dan pengguna
  • Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
  • Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  • Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali sebagai pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
  • Pengguna mendapat tenaga daripada makanan yang dimakan sama ada buah-buahan atau haiwan lain. Hal ini boleh juga dikenali sebagai hubungan perpindahan tenaga
  • Anak panah -> dalam suatu rantai makanan juga menunjukkan aliran perpindahan tenaga
  • Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
  1. Herbivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
  2. Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
  3. Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.
 
Siratan makanan
  • Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
  • Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
  • Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.

Kesan perubahan populasi
  • Populasi ialah kumpulan hidupan atau spesies yang terdapat dalam suatu habitat.
  • Perubahan populasi menunjukkan perubahan dari aspek bilangan spesies dalam habitat tersebut
  • Perubahan populasi dalam rantai/siratan makanan mempunyai kesan ke atas hidupan yang lain dan akan menganggu keseluruhan ekosistem
  • Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan makanan, pengguna akan mencari makanan di habitat lain, atau berpindah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
  • Antara sebab perubahan populasi hidupan ialah:
  1. Penerokaaan hutan tidak terancang dan melampau
  2. Kebakaran hutan
  3. Aktiviti pemburuan haram
  4. Perubahan cuaca yang melampau
  5. Penularan wabak penyakit 
  • Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan (populasi) haiwan yang lain juga akan berubah (sama ada bertambah/berkurang).