Kepentingan Mempelajari Sejarah

 
1.7   Kepentingan Mempelajari Sejarah
 
  • Sejarah mampu memberikan kefahaman tentang masyarakat, negara dan dunia kepada kita.
  • Melalui penyelidikan, penerokaan bukti dan empati pada peristiwa sejarah, unsur perpaduan dan semangat kebangsaan akan menjelma dalam diri kita.
  • Iktibar daripada peristiwa lalu akan mendorong kita untuk bertindak dengan lebih berhati-hati pada masa depan.
 
Imej ini menunjukkan peta minda tentang ‘Kepentingan Mempelajari Sejarah’. Di tengah-tengah, terdapat kotak besar yang mengandungi teks ‘KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH’. Enam kotak kecil di sekelilingnya dihubungkan dengan anak panah. Kotak-kotak ini mengandungi teks berikut: ‘Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah’, ‘Membangunkan negara dan bangsa’, ‘Mengukuhkan perpaduan’, ‘Memupuk patriotisme’, ‘Mengambil iktibar dan pengajaran’, dan ‘Mengenal asal usul’. Di sebelah kiri, terdapat logo ‘Pandai’.
 

 

 
Mengenal asal usul
 
  • Dengan mempelajari sejarah, kita akan dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita.
  • Di samping itu, kita dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita.
 
Mengambil iktibar
 
  • Sejarah membawa pengajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu.
  • Mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu.
 
Memupuk patriotisme
 
  • Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh generasi akan datang.
  • Hal ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangat patriotik.
 
Mengukuhkan perpaduan
 
  • Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita.
  • Sejarah juga mampu menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan tradisi kita.
 
Membangunkan negara dan bangsa
 
  • Melalui sejarah kita dapat mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara.
  • Kita juga akan lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang.
 
Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah
 
  • Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat ditingkatkan.
  • Di samping itu, kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa.
  • Sejarah juga akan mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.