Sumber Sejarah

 
1.4 Sumber Sejarah
 
  • Sumber sejarah adalah seperti yang berikut:
 
 

 

 
Sumber Sejarah Definisi Contoh
Sumber primer
  • Sumber ini belum diolah atau diterbitkan
  • Bersifat asli
  • Belum ditafsir
  • Fosil
  • Artifak
  • Bukan artifak
  • Batu bersurat
  • Keterangan lisan
  • Dokumen rasmi
  • Manuskrip
  • Fail rasmi jabatan
  • Surat peribadi
  • Diari
Sumber sekunder
  • Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
  • Bahan tersebar kepada umum
  • Buku
  • Akhbar
  • Majalah
  • Jurnal
  • Ensiklopedia
  • Risalah
 
  • Sejarah ditulis berdasarkan kajian terhadap sumber sejarah yang membantu kita untuk mengetahui sesuatu peristiwa masa lalu.
 
Istilah Definisi
Artifak Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan.
Bukan artifak Data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan.
Fosil Tinggalan haiwan atau tumbuhan zaman prasejarah yang diawet dalam batuan.
Manuskrip Bahan tulisan tangan yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku dan lain-lain.
Ensiklopedia
  • Salah satu sumber sekunder.
  • Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia adalah berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.
 
Kepentingan sumber primer
 
  • Sumber primer perlu dikaji untuk mencari maklumat dan bukti sahih tentang sesuatu peristiwa
 
Kepentingan sumber sekunder
 
  • Sumber sekunder pula membantu untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dapatan penyelidikan sejarah yang telah diterbitkan.
 
  • Dalam usaha menghasilkan penulisan sejarah, sejarawan dan ahli arkeologi mestilah berusaha mendapatkan sumber, mengkaji dan menganalisisnya.
  • Hal ini boleh membantu untuk mendapatkan maklumat dan fakta bagi membolehkannya membuat tafsiran dan penulisan terhadap sesuatu peristiwa.