Tafsiran dalam Sejarah

 
1.6 Tafsiran dalam Sejarah
 
Maksud tafsiran dalam sejarah
 
  • Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
 
Faktor wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah
 
  • pemilihan sumber yang pelbagai
  • perbezaan pandangan
  • perbezaan ideologi
  • tujuan penulisan
 
 

 

 
Contoh Tafsiran dalam Sejarah
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan

Pengkaji tempatan:

Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai.

Pengkaji Barat:

Pemberontakan
 
Durbar
 
  • Ialah perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja Melayu dengan British.
  • Durbar menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja pada masa kini.
  • Mesyuarat Durbar dalam gambar di atas merupakan mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Melayu yang pertama bagi membincangkan hal ehwal agama, adat-istiadat dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan orang Melayu.
  • Mesyuarat ini diadakan pada bulan Julai 1897 di Kuala Kangsar, Perak. Gambar menunjukkan Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu serta pegawai-pegawai British yang hadir.
  • Kewujudan Durbar ini memberikan kesedaran kepada setiap rakyat Malaysia agar lebih menghayati prinsip Rukun Negara yang kedua, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.