Cuaca Angkasa

9.2  Cuaca Angkasa

 

Definisi

Cuaca angkasa merujuk kepada keadaan persekitaran di magnetosfera, ionosfera dan termosfera hasil daripada aktiviti yang berlaku di permukaan Matahari (dipengaruhi oleh angin suria)

Kesan-kesan cuaca angkasa terhadap aktiviti di Bumi:

Aurora

- Aurora adalah cahaya berwarna warni pada waktu malam di kawasan kutub utara dan kutub selatan

- Apabila Matahari aktif, banyak zarah-zarah bercas terbebas dan terperangkap di medan magnet Bumi

- Zarah-zarah bercas dibawa oleh medan magnet Bumi ke kutub utara dan kutub selatan lalu pertembungan berlaku dan berinteraksi dengan nitrogen dan oksigen di atmosfera atas

- Interaksi ini menghasilkan cahaya-cahaya berwarna hijau, biru, dan merah

- Aurora di hemisfera utara dipanggil aurora borealis, manakala aurora di hemisfera selatan dipanggil aurora australis

Gangguan telekomunikasi

- Ionosfera ialah lapisan atmosfera yang berfungsi untuk memantulkan gelombang radio dalam komunikasi

- Ribut geomagnetik ialah gangguan sementara magnetosfera Bumi disebabkan oleh angin suria atau letusan radiasi yang kuat

- Zarah-zarah bercas elektrik dari Matahari memasuki ionosfera berdekatan dengan kutub-kutub magnet Bumi dan mengionkan molekul-molekul untuk membentuk elektron dan ion-ion positif

- Penambahan jumlah elektron ini menyebabkan ionosfera menyerap gelombang radio di kawasan kutub-kutub Bumi dan menyebabkan gangguan radio

- Zarah-zarah bercas elektrik ini juga mengganggu gelombang telefon bimbit, satelit komunikasi, dan gangguan komunikasi radio penerbangan

Gangguan sistem navigasi

- Gangguan di ionosfera juga boleh mengurangkan  kejituan sistem navigasi (GPS) yang digunakan oleh kapal, pesawat dan kenderaan darat

- Disebabkan oleh ketumpatan elektron yang berbeza-beza di ionosfera hasil daripada ribut geomagnetik

- Memberi kesan kepada satelit media dan telekomunikasi dan juga boleh mengalami kerosakan jika terdedah kepada radiasi

Gangguan talian kuasa grid

- Ribut geomagnetik boleh menyebabkan arus elektrik yang tinggi di dalam konduktor panjang seperti talian kuasa (kabel elektrik)

- Arus terlalu tinggi akan meleburkan transformer menyebabkan kerosakan sistem talian kuasa dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik

- Nyala suria yang paling kuat dalan sejarah direkodkan pada tahun 1859 iaitu Kejadian Carrington 1859

- Kejadian Carrington 1859 merosakkan sistem telegraf yang dipakai pada waktu itu

 

Menginterpretasi data cuaca angkasa lepas:

  • Cuaca angkasa lepas bergantung kepada kitaran suria

  • Mengira jumlah tompok matahari dapat menjejaki kitaran suria

  • Permulaan kitaran suria dikenali sebagai suria minimum yang mempunyai jumlah tompok matahari yang paling kurang

  • Pertengahan kitaran suria dikenali sebagai suria maksimum yang mempunyai jumlah tompok matahari yang paling banyak