1.2 |
Rangsangan dan Gerak Balas dalam Manusia |
|
|
Definisi |
Organ deria adalah organ yang dapat mengesan rangsangan |
|
|
Manusia mempunyai lima organ deria :
- Kulit (sentuhan)
- Hidung (bau)
- Lidah (rasa)
- Telinga (pendengaran)
- Mata (Penglihatan)
Fungsi mata :
- Mengfokuskan pada objek yang dekat dan jauh
- Menghasilkan gambar berterusan yang dihantar secara langsung ke otak
- Sebagai deria penglihatan
Struktur mata:


Fungsi setiap struktur mata :


Mekanisme penglihatan :
- Cahaya dari objek memasuki mata melalui anak mata/pupil
-
Cahaya dibiaskan oleh kornea, gelemair, kanta mata dan gelemaca
-
Imej songsang dan kecil terbentuk pada retina
-
Retina menghasilkan impuls saraf dan saraf optik menghantarkan ke otak
-
Otak menterjemahkan impuls dan menghasilkan emej tegak
|
Fungsi telinga :
Struktur telinga:


Fungsi setiap struktur telinga :
|
Struktur telinga |
Fungsi |
Osikel |
Memperkuat getaran bunyi dan menghantarnya ke tingkap bujur |
Cuping telinga |
Menerima gelombang bunyi |
Salur telinga |
Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga |
Gegendang telinga |
Bergetar apabila gelombang bunyi mengenainya |
Salur separuh bulat |
Mengawal keseimbangan badan |
Saraf auditori |
Menghantar impuls dari koklea ke otak |
Koklea |
Menukar getaran bunyi kepada impuls |
Tingkap bujur |
Menghantar getaran bunyi dari telinga tengah ke telinga dalam |
Tiub Eustachia |
Menyeimbangkan tekanan udara pada kedua-dua belah gegendang telinga |
|
|
Mekanisme pendengaran :
-
Gelombang bunyi memasuki salur telinga
-
Gegendang telinga menerima gelombang bunyi dan bergetar
-
Getaran dikuatkan oleh tulang osikel dan hantar ke tingkap bujur
-
Tingkap bujur bergetar
-
Koklea tukarkan getaran kepada impuls
-
Impuls dibawa oleh saraf auditori ke otak
-
Otak tafsir sebagai bunyi
Fungsi hidung :
Struktur dan mekanisme hidung:


Fungsi lidah :
Struktur dan Mekanisme lidah :
-
Permukaan lidah diselaputi oleh tunas rasa yang mengandungi banyak reseptor rasa dan bertaburan pada permukaan lidah
-
Reseptor rasa sensitif kepada bahan kimia dalam makanan
-
Lidah mempunyai 5 jenis reseptor rasa iaitu manis, masam, pahit dan umami (rasa savori)

Fungsi kulit :
-
Melindungi kita dari mikrob
-
Membenarkan sensasi sentuhan, suhu, dan tekanan
-
Sebagai deria sentuh
Struktur kulit:


Kepekaan kulit:
-
Kepekatan kulit bergantung kepada bilangan reseptor yang hadir dan ketebalan epidermis
-
Semakin banyak reseptor, semakin peka bahagian kulit tersebut
-
Semakin nipis epidermis, semakin peka kulit kepada rangsangan
-
Orang buta membaca tulisan Braille menggunkan hujung jari
|
Bahagian kulit yang sangat peka |
Bahagian kulit yang kurang peka |
Hujung jari, belakang leher, bibir, dan cuping telinga |
Siku dan lutut |
|
- Organ deria berhubung kait antara satu sama lain dan dapat meyeimbangankan tubuh badan manusia dalam satu-satu perbuatan harian
Had deria :
Had deria penglihatan :
-
Mata tidak dapat mengesan imej yang jatuh pada titik buta
-
Penglihatan manusia juga boleh terjejas akibat rabun jauh, rabun dekat, astigmastisme dan presbiopia
Struktur mata normal, rabun jauh dan rabun dekat:


-
Rabun jauh tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas kerana cahaya dari objek fokus di hadapan retina
-
Memerlukan kanta cekung
-
Rabun dekat tidak boleh melihat objek dekat dengan jelas kerana cahaya dari objek fokus di belakang retina
-
Memerlukan kanta cembung
Struktur mata astigmatisme:


Struktur mata presbiopia:


Had deria pendengaran :
-
Manusia hanya dapat mendengar antara 20Hz hingga 20,000Hz
-
Pekak disebabkan oleh tulang-tulang osikel bercantum bersama akibat jangkitan, proses penuaan atau terdedah kepada bunyi kuat untuk tempoh yang lama
-
Pembedahan atau alat pendengaran sahaja yang dapat membantu orang pekak
Teknologi untuk meningkatkan keupayaan organ deria:
|
Teknologi |
Keupayaan organ deria |
Had penglihatan |
Kanta pembesar & mikroskop |
Boleh melihat objek seni/kecil |
Binokular & teleskop |
Boleh melihat objek jauh |
Had pendengaran |
Stetoskop |
Menguatkan bunyi denyutan jantung |
Pembesar suara |
Menguatkan suara |