2.4 |
Adaptasi Dalam Sistem Respirasi |
Definisi |
Kepelbagaian adaptasi dalam sistem respirasi haiwan yang berbeza dengan manusia
|
Kepelbagaian adaptasi dalam sistem respirasi haiwan:
Haiwan |
Organ |
Ciri-ciri |
Ikan |
Insang |
- Terdiri dari filamen halus dan banyak untuk resapan gas yang cepat
- Filamen mempunyai banyak kapilari darah untuk pertukaran gas yang cekap
|
Serangga |
Trakea |
- Terdiri daripada sistem tiub bercabang-cabang
- Hujung trakeol berdinding nipis dan lembap untuk gas melarut terus ke dalam sel
- Bilangan trakeol yang banyak dan luas permukaan yang besar menyebabkan pertukaran gas secara resapan ringkas
|
Katak/amfibia |
Kulit luar dan peparu |
- Kulit luar amfibia bersifat nipis dan telap untuk resapan gas mudah dan cepat
- Sentiasa lembap kerana diselaputi mucus yang melarutkan gas respirasi
- Banyak kapilari darah untuk mengangkut gas respirasi ke sel badan
|
Adaptasi sistem respirasi manusia dalam situasi berbeza:
-
Sistem respirasi manusia berupaya beradaptasi mengikut keperluan seperti berada di puncak gunung yang tinggi dimana tekanan atmosfera yang rendah dan kesukaran pernafasan
-
Kadar pernafasan berubah mengikut situasi berbeza seperti di dasar lautan dimana tekanan yang tinggi dan kesukaran pernafasan yang memerlukan tangki oksigen
-
Senaman yang kerap dapat menguatkan jantung dan sistem respirasi supaya berfungsi dengan efisien seperti atlet lumba lari atau berenang yang mempunyai kadar respirasi sel dan kadar denyutan jantung yang meningkat
-
Gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok juga penting untuk memastikan sistem respirasi berfungsi dengan baik
|
Penyakit anemia dan anemia sel sabit:


Pesakit anemia |
Pesakit anemia sel sabit |
- Mengalami kekurangan mineral besi kerana kekurangan haemoglobin
- Kekurangan oksigen disebabkan oleh kekurangan haemoglobin
- Menjadi pucat, tidak bertenaga dan mudah pengsan
|
- Sel darah berbentuk sabit
- Luas permukaan yang kecil dan kurang berbanding haemoglobin normal
- Kurang oksigen diangkut ke sel badan menyebabkan pucat dan kurang bertenaga
|