8.1 |
Sejarah Penemuan Keradioaktifan |
Tokoh-tokoh yang terlibat dalam penemuan keradioaktifan:
Tokoh |
Penemuan |
Willhelm Roentgen |
Menjumpai sinar-X pada tahun 1895
|
Henri Becquerel |
Menjumpai keradioaktifan apabila beliau mendapati garam uranium boleh menggelapkan plat foto pada tahun 1896
|
Pierre Curie |
Dianugerahkan hadiah Nobel Fizik pada tahun 1903, bersama-sama henri Becquerel dan Marie Curie dalam penyelidikan keradioaktifan
|
Marie Curie |
-
Mempelopori kajian tentang keradioaktifan
-
Menjumpai unsur radioaktif polonium dan radium bersama-sama dengan suaminya, Pierre Curie
-
Merupakan tokoh pertama dan satu-satunya wanita yang memenangi hadiah Nobel sebanyak dua kali
|
Keradioaktifan:
-
Keradioaktifan merupakan proses pereputan yang berlaku secara spontan apabila suatu nukleus yang tidak stabil memancarkan sinaran radioaktif
-
Contoh bahan radioaktif adalah karbon-14 (C-14), radon-222 (Rn-222), dan uranium-235 (U-235)
-
Keradioaktifan sesuatu bahan diukur dalam unit Becquerel, Bq atau dalam unit curie, Ci
Pengesanan sinaran radioaktif:


- Tiga jenis sinaran radioaktif yang utama iaitu sinaran alfa (α), sinaran beta (β), dan sinaran gama (γ)
Separuh hayat pereputan radioaktif:
-
Pereputan radioaktif melibatkan pertukaran nukleus yang tidak stabil kepada mukleus yang lebih stabil yang disertai pancaran sinaran radioaktif
-
Separuh hayat sesuatu pereputan radioaktif adalah masa yang diambil untuk bilangan nukleus yang tidak stabil dalam satu sampel bahan radioaktif tinggal separuh daripada bilangan asalnya
Bahan radioaktif |
Separuh hayat |
Iodin-123 |
13 jam |
Polonium-210 |
138 hari |
Radium-228 |
5.75 tahun |
Amerisium-241 |
432.6 tahun |
Karbon-14 |
5730 tahun |
Uranium-235 |
703.8 juta tahun |