6.3 |
Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik |
Struktur sistem pengagihan tenaga elektrik:


- Sistem pengagihan tenaga elektrik terdiri daripada rangkaian Grid Nasional, stesen transformer, lapangan suis, pencawang masuk utama, dan pencawang bahagian
-
Stesen jana kuasa, arus ulang-alik dengan voltan kira-kira 11 kV (11,000 V) dihasilkan
-
Voltan arus ulang-alik dinaikkan kepada 132 kV (132,000 V) oleh transformer injak naik dan memasuki Rangkaian Grid Nasional
-
Rangkaian Grid Nasional mempunyai satu jaringan kabel dihubung kepada semua stesen kuasa
-
Voltan arus di Rangkaian Grid Nasional perlu tinggi untuk meningkatkan kecekapan pengagihan dengan mengurangkan kehilangan tenaga elektrik dalam bentuk haba
-
Rangkaian Grid Nasional disambungkan kepada pencawang masuk utama di mana voltan arus diturunkan oleh transformer injak turun kepada 33 kV (33,000 V)
-
Voltan 33 kV diturunkan lagi kepada 11 kV (11,000 V), 415 V dan 240 V di pencawang bahagian oleh transformer injak turun
-
Lapangan suis ditempatkan di beberapa tempat sepanjang kabel untuk memutuskan litar secara automatik sekiranya berlaku lintar pintas
-
Kelebihan Rangkaian Grid Nasional ialah penjanaan dan pengagihan elektrik dapat dikawal mengikut permintaan dan kehilangan tenaga dapat dikurangkan kerana elektrik diagihkan pada voltan yang tinggi
-
Kabel yang membawa bekalan elektrik dalam Rangkaian Grid Nasional boleh menjana medan magnet di sekelilingnya dan boleh menyebabkan gangguan pada peralatan elektrik yang berhampiran dengan pilon Rangkaian Grid Nasional
Sistem pendawaian di rumah:
-
Terdapat dua jenis pendawaian yang biasa digunakan iaitu pendawaian satu fasa dan pendawaian tiga fasa
-
Pendawaian satu fasa untuk rumah-rumah (240 V) dan pendawaian tiga fasa untuk industri ringan dan berat (415 V)
-
Tenaga elektrik dari pencawang bahagian dihantar ke rumah melalui dua jenis dawai iaitu dawai hidup (warna perang) dan dawai neutral (warna biru)
-
Dawai hidup membawa arus elektrik ke rumah manakala dawai neutral mengembalikan arus elektrik kepada pencawang bahagian
-
Arus diagihkan ke rumah menerusi peti fius utama dan ke dalam meter elektrik yang mencatatkan bilangan unit tenaga yang digunakan
-
Fius utama berfungsi untuk memutuskan litar jika terdapat arus berlebihan
-
Setiap bahagian litar di rumah dipasang dengan suis dan fius masing-masing
Struktur palam 3-pin:


Palam 3-pin mempunyai tiga pin yang ditandakan dengan huruf L (hidup), N (neutral), dan E (bumi)
Bahagian |
Fungsi |
Dawai hidup (L) |
Membawa arus dari pencawang bahagian ke peralatan elektrik |
Dawai neutral (N) |
Mengembalikan arus dari peralatan elektrik balik ke pencawang bahagian |
Dawai bumi (E) |
Mengalirkan arus terbocor dari peralatan elektrik ke bumi |
Fius |
Dawai di dalamnya akan melebur dan memotong bekalan arus sekiranya berlaku litar putus |
Palam 2-pin:
Komponen keselamatan dalam sistem pendawaian di rumah:
Komponen |
Fungsi |
Suis |
Melengkapkan atau memutuskan arus yang mengalir dalam suatu litar elektrik |
Dawai bumi |
Mengalirkan arus elektrik terbocor terus ke bumi dan mengelakkan kejadian kejutan elektrik |
Fius |
Memutuskan litar apabila arus mengalir melebihi nilai maksimum fius dan memastikan peralatan elektrik tidak rosak |
Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB) |
Memutuskan litar elektrik apabila arus yang besar mengalir, contohnya semasa ribut petir |
Pemutus Litar Miniatur (MCB) |
Mengawal nilai arus yang mengalir ke pelbagai bahagian litar di rumah |
Konduktor kilat |
Dipasang pada bangunan tinggi untuk mengelakkan bangunan itu daripada mengalami kerosakan akibat disambar oleh kilat |
Fius:
Litar pintas:
-
Berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui laluan dengan rintangan paling rendah
-
Litar pintas dalam peralatan elektrik berlaku kerana penebat dawai terkoyak atau reput
-
Fenomena litar pintas boleh menyebabkan kejutan elektrik, kerosakan litar, kebakaran dan letupan
-
Punca-punca kemalangan elektrik adalah kelalaian dan sikap tidak peduli pengguna sendiri
-
Contohnya seperti penyalahgunaan sistem pendawaian dan tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan
Langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan elektrik:
-
Memastikan pemasangan litar elektrik di rumah mengikut peraturan
-
Tidak menyambung terlalu banyak peralatan elektrik dalam satu litar yang sama
-
Tidak menyentuh dawai yang terdedah
-
Jangan sentuh mangsa yang terkena kejutan elektrik kerana anda juga berkemungkinan terkena kejutan elektrik juga
-
Matikan suis utama dengan segera
-
Berikan pertolongan cemas jika mangsa tidak bernafas dan dapatkan rawatan doctor dengan segera