Tindakbalas Endotermik dan Eksotermik

5.1  Tindakbalas Endotermik dan Eksotermik
 
Definisi

Tindak balas kimia melibatkan perubahan tenaga haba yang terbahagi kepada dua iaitu tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik

Tindak balas endotermik:

  • Menyerap tenaga haba dari persekitaran

  • Persekitaran menjadi lebih sejuk

  • Memecahkan ikatan antara zarah-zarah

  • Tenaga haba → tenaga kimia

Contoh tindak balas endotermik:

  • Tindak balas antara asid etanoik (cuka) dan natrium karbonat (soda penaik) yang menghasilkan natrium etanoat, air dan karbon dioksida

  • Elektrolisis air yang menghasilkan gas oksigen dan gas hidrogen

Tindak balas eksotermik:

  • Membebaskan haba ke persekitaran

  • Persekitaran menjadi lebih panas

  • Membentuk ikatan antara zarah-zarah

  • Tenaga kimia → tenaga haba

Contoh tindak balas eksotermik:

  • Tindak balas pembakaran

  • Tindak balas peneutralan

Gambaran tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik:

Tindak balas eksotermik dalam kehidupan seharian:

  • Pek haba segera digunakan untuk memanaskan tangan, kaki atau bahagian badan yang tercedera

  • Prinsip tindak balas eksotermik diguna pakai

  • Jumlah tenaga haba yang dibebaskan melebihi jumlah tenaga haba yang diserap menyebabkan kesan pemanasan berlaku

  • Pembakaran juga contoh tindak balas eksotermik kerana membebaskan haba ke persekitaran

Tindak balas endotermik dalam kehidupan seharian:

  • Pek sejuk segera berfungsi menyejukan bahagian badan tertentu

  • Prinsip tindak balas endotermik diguna pakai

  • Jumlah tenaga haba yang diserap melebihi jumlah tenaga haba yang dibebaskan menyebabkan kesan penyejukan berlaku

  • Perpeluhan badan manusia juga contoh tindak balas endotermik kerana menyerap haba daripada permukaan badan untuk menjadi wap air

Contoh soalan:

Soalan 1:

Pek haba segera sering digunakan untuk memanaskan badan di kawasan beriklim sejuk atau untuk merawat sesetengah jenis kecederaan.

Apabila pek haba ditekan, ia menjadi panas.

a) Apakah jenis tindak balas yang berlaku apabila pek haba ditekan?

b) Terangkan bagaiman pek haba ini berfungsi.

Jawapan 1:

a) Tindak balas eksotermik.

b) Apabila pek haba ditekan, air dan garam magnesium sulfat akan bercampur. Tindak balas yang berlaku apabila garam magnesium sulfat larut di dalam air membebaskan tenaga haba.

Soalan 2:

Carta palang berikut menunjukkan data daripada satu eksperimen yang mengkaji perubahan suhu dalam tindak balas A dan B.

a) Antara tindak balas A dan B, yang manakah tindak balas eksotermik dan yang manakah tindak balas endotermik?

b) Berikan satu contoh tindak balas eksotermik dan satu contoh tindak balas endotermik dalam kehidupan seharian.

Jawapan 2:

a) Tindak balas A ialah tindak balas endotermik dan tindak balas B ialah tindak balas eksotermik.

b) Contoh tindak balas eksotermik: Pembakaran antara air dan natrium hidroksida

Contoh tindak balas endotermik: Tindak balas antara air dan ammonium klorida