4.3 |
Pengekstrakan Logam dari Bijihnya |
Definisi |
Pengekstrakan logam ialah proses untuk memperoleh logam tulen daripada bijihnya
|
-
Pengekstrakan logam boleh dilakukan menggunakan logam yang lebih reaktif untuk menyesarkan logam yang kurang reaktif daripada oksidanya
-
Proses termit digunakan untuk mengekstrak besi daripada besi oksida secara kecil-kecilan
-
Tindak balas ini membebaskan haba yang sangat banyak sehingga mampu meleburkan besi yang mempunyai takat lebur 1,538°C
-
Pengekstrakan logam dalam industri dilakukan menggunakan dua kaedah utama iaitu pemanasan logan oksida dengan karbon (murah dan senang) dan elektrolisis sebatian logam lebur
Kaedah mengekstrak beberapa jenis logam:
Logam |
Kaedah pengekstrakan |
Kalium |
Proses elektrolisis |
Natrium |
Kalsium |
Magnesium |
Aluminium |
Zink |
Memanaskan oksida logamnya dengan karbon (arang kok) |
Besi |
Timah |
Plumbum |
Kuprum |
Merkuri |
Pembakaran bijihnya melalui pemanasan |
Pengekstrakan besi:
-
Campuran bijih besi, batu kapur dan karbon (arang kok) dimasukkan ke dalam relau bagas dan dipanaskan pada suhu 1,900°C
-
Tindak balas berlaku dan besi diekstrak sebagai leburan besi
Pengekstrakan timah:
-
Bijih timah akan diproses dahulu untuk menyingkirkan bendasing
-
Campuran bijih timah, batu kapur dan karbon (arang kok) dimasukkan ke dalam relau bagas dan dipanaskan pada suhu 1,350°C
-
Tindak balas berlaku dan timah diekstrak sebagai leburan timah
Kesan buruk aktiviti perlombongan:
-
Kemusnahan alam sekitar dan ekosistem terganggu
-
Hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku
-
Pencemaran udara dan bunyi