Siri Kereaktifan Logam

4.2  Siri Kereaktifan Logam

 

Siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas dengan oksigen:

  • Apabila logam dipanaskan dengan oksigen menghasilkan logam oksida

  • Logam yang berlainan bertindak balas dengan kecergasan yang berbeza contoh, magnesium terbakar dengan cergas apabila dipanaskan dalam oksigen tetapi kuprum hanya berbara

  • Siri kereaktifan ialah turutan unsur-unsur yang disusun dalam tertib kereaktifannya apabila bertindak balas dengan oksigen

  • Unsur yang bertindak balas dengan lebih cergas dengan oksigen adalah lebih reaktif terletak lebih tinggi berbanding yang kurang cergas dan kurang reaktif terletak di bawah

Siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas dengan karbon:

  • Logam yang lebih reaktif akan menyingkirkan oksigen daripada oksida logam

  • Logam yang kurang reaktif tidak dapat menyesarkan logam yang lebih reaktif daripada logam oksida

  • Campuran logam X dan oksida logam Y:

  • Campuran terbakar atau berbara kerana penyesaran berlaku bermaksud logam X lebih reaktif berbanding dengan logam Y

  • Tiada perubahan kerana penyesaran tidak berlaku bermaksud logam X kurang reaktif berbanding dengan logam Y

Siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas dengan hidrogen:

  • Selain tindak balas dengan karbon dan oksigen, siri kereaktifan logam juga boleh dibina berdasarkan tindak balas logam dengan hidrogen

Contoh soalan:

Seorang pelajar membakar secebis pita magnesium di dalam sebuah balang gas yang berisi gas oksigen. 

Rajah berikut menunjukkan pemerhatiannya.

 

a) Huraikan pemerhatian yang ditunjukkan dalam rajah.

b) Tuliskan persamaan bagi tindak balas yang berlaku.

Jawapan: 

 a) Magnesium terbakar dengan cerah dan sangat cergas.

b) \(\begin{aligned} \quad&\text{panaskan}\\ \text{Magnesium+oksigen}&\longrightarrow \text{Magnesium oksida} \end{aligned} \)