Definisi |
Mineral adalah bahan semula jadi yang mempunyai komposisi kimia yang tetap dan biasanya dijumpai dalam batu-batuan yang wujud dalam bentuk unsur atau sebatian
|
-
Mineral yang wujud dalam bentuk unsur biasanya tidak aktif dan tidak bertindak balas
-
Contoh unsur mineral semula jadi terbahagi kepada unsur logam (emas, perak, merkuri dan platinum) dan unsur bukan logam (karbon dan sulfur)
Unsur-unsur yang membentuk sebatian semula jadi:
Struktur |
Fungsi |
Unsur-unsur yang membentuknya |
Bauksit |
Aluminium oksida |
Aluminium dan oksigen |
Hematit |
Besi oksida |
Besi dan oksigen |
Kasiterit |
Timah oksida |
Timah dan oksigen |
Galena |
Plumbum sulfida |
Plumbum dan sulfur |
Malakit |
Kuprum karbonat |
Kuprum, karbon dan oksigen |
Pirit |
Besi sulfida |
Besi dan sulfur |
Magnesit |
Magnesium karbonat |
Magnesium, karbon, dan oksigen |
Batu kapur |
Kalsium karbonat |
Kalsium, karbon, dan oksigen |
Sifat-sifat mineral semula jadi:
Sifat-sifat fizikal:
Mineral |
Warna |
Hematit |
Perang |
Malakit |
Hijau |
Kalsit (batu kapur) |
Putih |
Galena |
Kelabu |
Kasiterit |
Hitam |
-
Kekerasan mineral dapat ditentukan dengan menggores atau menggunakan sklerometer
-
Mineral yang kurang keras mudah digores berbanding mineral yang lebih keras
-
Kekerasan mineral disukat dalam skala Mohs, kalsit berskala 3 manakala berlian berskala 10 (paling keras)
Sifat-sifat kimia:
-
Kebanyakan mineral tidak larut dalam air kecuali yang mengandungi unsur logam natrium dan kalium
-
Mineral yang mengandungi logam oksida atau logam karbonat bertindak balas, larut dengan asid, dan membebaskan gas karbon dioksida
-
Mineral yang mengandungi logam oksida lebih stabil dan tidak terurai apabila dipanaskan tetapi menghasilkan logam tulen dan gas karbon dioksida apabila dipanaskan dengan karbon
-
Mineral yang mengandungi logam karbonat akan terurai apabila dipanaskan dan menghasilkan logam oksida dan gas karbon dioksida kecuali natrium karbonat dan kalium karbonat
-
Gas karbon dioksida yang dibebaskan akan mengeruhkan air kapur
-
Logam sulfida terurai apabila dipanaskan dalam udara untuk menghasilkan logam oksida dan gas sulfur dioksida
-
Gas sulfur dioksida yang dihasilkan berbau sengit dan melunturkan warna ungu larutan kalium permanganat berasid
Kegunaan mineral semula jadi:
-
Kalsium oksida dan kalsium karbonat (batu kapur) digunakan untuk meneutralkan tanah yang berasid
-
Kalsium karbonat juga digunakan dalam relau bagas untuk mengasingkan bendasing semasa pengekstrakan besi
-
Silikon dioksida (atau silika) yang didapati dalam pasir mempunyai takat lebur yang tinggi (kira-kira 1,713°C) dan digunakan untuk membuat kaca
-
Aluminium oksida biasanya dijumpai dalam pelindung sinaran matahari dan dalam bahan-bahan kosmetik seperti pengilat kuku dan gincu
Contoh Soalan:
Unsur aluminium biasanya dijumpai dalam kerak bumi dalam bentuk sebatian aluminium oksida yang didapati dalam bijih bauksit.
Namun demikian, unsur emas biasanya dijumpai dalam bentuk emas tulen.
Jelaskan secara ringkas pernyataan di atas.
Jawapan:
Aluminium adalah unsur yang reaktif maka aluminium bergabun dengan oksigen untuk membentuk aluminium oksida yang lebih stabil.
Emas adalah unsur yang sangat tidak reaktif dan oleh itu, emas tidak bergabung dengan unsur lain dan wujud sebagai unsur bebas.