Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan

1.3  Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan

 

Definisi
Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan, air, cahaya, dan graviti yang terbahagi kepada dua iaitu gerak balas tropisme dan gerak balas nasti

Jenis-jenis tropisme dan tindak balas :

Jenis tropisme Contoh

Fototropisme

Pertumbuhan bahagian tumbuhan ke arah cahaya

Pertumbuhan pucuk pokok bunga matahari mengikut arah cahaya matahari

Geotropisme

Pertumbuhan bahagian tumbuhan ke arah graviti

Pertumbuhan akar pokok cili merah mengikut arah graviti

Hidrotropisme

Pertumbuhan bahagian tumbuhan ke arah air

Pertumbuhan akar pokok pandan mengikut arah air

Tigmotropisme

Pergerakan pertumbuhan tumbuhan terhadap sentuhan atau apabila bersentuh dengan objek

Timun mempunyai sulur paut yang memintal sesuatu objek yang menyentuhnya

 

Gerak balas nasti :

  • Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan, cahaya, dan haba

  • Arah gerak balas tidak bergantung kepada arah rangsangan

  • Contoh, daun pokok semalu (Mimosa pudica) tertutup apabila disentuh

Kepentingan setiap gerak balas :

Gerak balas Kepentingan
Fototropisme Membantu pucuk mendapatkan cahaya matahari untuk fotosintesis
Geotropisme Membantu akar menembusi tanah bagi memperoleh air dan akar dapat mencengkam tanah dengan kuat
Hidrotropisme Membantu akar tumbuhan menyerap air dan garam mineral dari tanah
Tigmotropisme Membantu tumbuhan mencapai kedudukan tertinggi untuk mendapat cahaya matahari dan mnegekalkan kedudukan tegak
Pergerakan nasti Melindungi daun daripada kecederaan