Pelarasan Akaun Nominal

 
8.2

Pelarasan Akaun Nominal

 
Akaun Nominal perlu diselaraskan pada akhir tempoh perakaunan.
 
 
Hasil Belum Terperoleh
  • Hasil yang sepatutnya diterima bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi telah diterima dalam tempoh perakaunan semasa.
  • Mengurangkan hasil yang diterima bagi tahun semasa.
  • Direkodkan sebagai Liabiliti Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.
  • Sebagai contoh, sewa belum terperoleh dan komisen belum terperoleh.

Catatan dalam Jurnal Am:

 
Hasil Belum Terima
  • Hasil yang sepatutnya diterima tetapi masih belum diterima dalam tempoh perakaunan semasa.
  • Direkodkan sebagai Aset Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.
  • Sebagai contoh, sewa belum terima dan komisen belum terima.

Catatan dalam Jurnal Am:

 
Belanja Prabayar
  • Belanja yang sepatutnya dijelaskan pada tempoh perakaunan akan datang tetapi telah dibayar pada tempoh perakaunan semasa
  • Direkodkan sebagai Aset Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.
  • Contoh: Insurans prabayar dan kadar bayaran prabayar

Catatan dalam Jurnal Am:

 
Belanja Belum Bayar
  • Belanja yang sepatutnya dibayar pada tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum dibayar.
  • Direkodkan sebagai Liabiliti Semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.
  • Contoh: Insurans belum bayar dan kadar bayaran belum bayar.

Catatan dalam Jurnal Am: