Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan

6.2

  Inventori  
  Barang niaga yang dimilik untuk dijual semula dan merupakan Aset Semasa bagi sesebuah perniagaan.  
     
  • Bagi perkilangan, inventorinya terdiri daripada bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap.
  • Inventori akan dinilai pada akhir tempoh perakaunan untuk menghitung kos jualan dan untung kasar.
  • Dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi, inventori akhir perlu dinilai untuk menghitung nilai kos jualan dan seterusnya nilai untung kasar.
 
  Sistem Inventori Berkala  
 
  • Peniaga tidak menyimpan rekod inventori yang keluar dan masuk.
  • Inventori akan ditentukan pada akhir suatu tempoh perakaunan.
  • Pengiraan inventori akan dijalankan secara manual iaitu menghitung inventori satu persatu.
  • Biasanya digunakan perniagaan berskala kecil dan sederhana.
 
  Sistem Inventori Berterusan  
 
  • Peniaga akan dapat mengesan pergerakan keluar dan masuk bagi setiap inventori perniagaannya.
  • Rekod inventori memaparkan kuantiti, kos seunit, jumlah kos belian dan kos jualan inventori serta baki akhir inventori.
  • Nilai dan kuantiti inventori sentiasa dikemas kini, membolehkan pesanan inventori yang baharu dapat dilakukan dengan mudah.
  • Pergerakan inventori direkodkan secara terperinci kerana setiap inventori barang dilekatkan kod bar yang akan diimbas oleh mesin pengimbas.
  • Sistem ini biasanya digunakan oleh pasar raya besar.
 
Penilaian Inventori Akhir:

  • Untuk memudahkan urusan penilaian inventori, peniaga yang menggunakan Sistem Inventori Berkala perlu menyediakan kad inventori.
  • Inventori akhir akan memberi kesan kepada nilai kos jualan seterusnya menentukan jumlah untung kasar.
  • Nilai inventori akhir yang tinggi akan menyebabkan untung kasar yang tinggi dan perniagaan terikat dengan nilai inventori yang tinggi.
 
Inventori akhir:

  1. Dinilai mengikut nilai yang terendah antara kos dengan harga pasaran.
  2. Berada di luar Imbangan Duga.