Dokumen Sumber

 
3.2

Dokumen Sumber

 
  Bil Tunai  
  Dokumen perniagaan bagi urus niaga jualan dan belian dengan menggunakan tunai atau cek.  
     
 
  Resit  
  Dikeluarkan oleh pembekal apabila tunai diterima.  
     
 
  Keratan Cek  
  Bahagian cek yang disimpan oleh pembayar yang mengandungi butiran tarikh cek, nama penerima, tujuan pembayaran, baki wang di bank dan amaun bayaran.  
     
 
  Baucar Pembayaran  
  Dokumen dalaman yang dikeluarkan adalah untuk merekodkan pembayaran yang dibuat oleh perniagaan itu sendiri dengan perakuan penerima bayaran.  
     
 
  Baucar Tunai Runcit  
  Disediakan oleh juruwang runcit perniagaan sebagai bukti bertulis bahawa perbelanjaan runcit telah dibuat. Belanja runcit merujuk kepada pembayaran tunai dalam amaun yang kecil.  
     
 
  Slip Daftar Tunai  
  Dikeluarkan daripada mesin daftar tunai sebagai bukti pelanggan sudah membuat pembayaran.  
     
 
  Slip Bank / Slip Deposit Cek  
  Dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai di tangan ke dalam akaun bank.  
     
 
  Slip Pindahan Wang  
  Digunakan untuk membuat pindahan wang kepada pihak ketiga, sama ada dalam atau ke luar negara.  
     
 
  Slip Transaksi Perbankan Elektronik  
  Dokumen diperoleh apabila transaksi dibuat dengan mesin ATM dan transaksi deposit dengan menggunakan mesin deposit cek atau tunai.  
     
 
  Urus Niaga atas Talian  
  Resit yang dikirim melalui emel setelah pembayaran secara atas talian telah dilakukan boleh disimpan sebagai bukti pembayaran.  
     
 
  Makluman Debit  
  Dokumen yang dikeluarkan pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah didebitkan.  
     
 
  Makluman Kredit  
  Dokumen yang dikeluarkan pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah dikreditkan.  
     
 
  Memo  
  Dokumen dalaman yang dikeluarkan oleh pemilik perniagaan untuk memaklumkan perniagaan tentang suatu urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan.  
     
 
  Invois  
  Doumen perniagaan yang digunakan ketika pembeli membeli barangan secara kredit.  
     
 
  Nota Debit  
  Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah bertambah.  
     
 
  Nota Kredit  
  Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah berkurangan.  
     
 
  Bil Bayaran (Kadar Bayaran)  
  Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan (elektrik, air, telefon) kepada peniaga tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan atas perkhidmatan yang digunakan.  
     
 
  Folio Pelanggan  
  Dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan.  
     
 
  Diskaun Niaga  
  Potongan harga senarai barangan yang diberikan oleh pembekal pada masa belian dibuat.  
     
 
Diskaun Niaga Diskaun Tunai
Menggalakkan pembelian barang secara pukal Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera
Potongan harga semasa pembelian barang Potongan harga semasa hutang dijelaskan
Tidak direkodkan dalam BCP Direkodkan dalam BCP (Buku Tunai)