Hormon pertumbuhan
Kesan kekurangan: Kekerdilan
Kesan kelebihan: Kegergasian
Tiroksina
Kesan kekurangan: Kretinisme, hipotiroidisme, miksedema
Kesan kelebihan: Hipertiroidisme
Insulin
Kesan kekurangan: Diabetes Mellitus, gula tinggi dalam darah
Kesan kelebihan: Gula rendah dalam darah, pening, dan kadar jantung yang tinggi dan tidak sekata
Hormon antidiuresis (ADH)
Kesan kekurangan: Diabetes insipidus, badan hilang banyak air
Kesan kelebihan:
Ginjal menyerap semula lebih banyak air dan menghasilkan air kencing yang sedikit
Pengumpulan air yang banyak di dalam badan menyebabkan edema
Kortisol
Kesan kekurangan: Penyakit Addison
Kesan kelebihan: Sindrom Cushing
Aldosteron
Kesan kekurangan: Mengurangkan ion Na+; lebih banyak air disingkirkan daripada ginjal dan merendahkan tekanan darah
Kesan kelebihan: Meningkatkan ion Na+; meningkatkan penyerapan semula dalam ginjal; meningkatkan tekanan darah
Androgen
Kesan kekurangan: Merencatkan organ pembiakan dalam orang dewasa
Kesan kelebihan: Kematangan fizikal dalam kanak-kanak
Adrenalin
Kesan kekurangan: Menganggu kebolehan badan untuk menghadapi keadaan cemas
Meningkatkan tekanan darah
Meningkatkan paras gula dalam darah; menyebabkan glukosa diserap keluar ke dalam air kencing
Glukagon
Kesan kekurangan: Keletihan
Kesan kelebihan: Hiperaktif
Progesteron
Kesan kekurangan: Keguguran
Kesan kelebihan: Menghalang pengecutan otot uterus semasa kelahiran
Estrogen
Kesan kekurangan: Menghalang perkembangan ciri-ciri seks sekunder dalam perempuan
Kesan kelebihan: Menyebabkan edema dan sindrom pra-haid
Testosteron
Kesan kekurangan:
Menghalang perkembangan ciri-ciri seks sekunder dalam lelaki
Menyebabkan disfungsi ereksi, hilang ketegangan otot
Kesan kelebihan: Rambut gugur, edema, meningkatkan jisim otot, penyakit hati, meningkatkan tekanan darah dan paras kolesterol
Mengurangkan kesuburan
Persiapkan diri untuk peperiksaan dengan Kertas Peperiksaan sebenar
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.