Hormon perembes gonadotrofin (GnRH)
Organ/tisu sasaran: kelenjar pituitari
Fungsi: mengawal atur aktiviti kelenjar pituitari untuk merembes LH dan FSH
|
|
Hormon pertumbuhan (GH)
Organ/tisu sasaran: hati dan tisu adipos
Fungsi: merangsang pertumbuhan tulang dan otot dan mengawal atur metabolisme protein, lipid dan karbohidrat
|
|
Hormon perangsang folikel (FSH)
Organ/tisu sasaran: testis dan ovari
Fungsi: merangsang perkembangan folikel dalam ovari, merangsang pembentukan sperma dalam testis dan merangsang ovari untuk merembeskan estrogen
|
|
Hormon peluteinan (LH)
Organ/ tisu sasaran: testis dan ovari
Fungsi: merangsang testis untuk menghasilkan testosteron dalam lelaki dan merangsang ovari untuk menjalankan pengovulan dan pembentukan korpus luteum dalam perempuan
|
|
Hormon perangsang tiroid (TSH)
Organ/tisu sasaran: kelenjar tiroid
Fungsi: merangsang kelenjar tiroid untuk merembeskan tiroksina
|
|
Hormon adrenokortikotrof (ACTH)
Organ/tisu sasaran: kelenjar adrenal
Fungsi: merangsang korteks adrenal untuk merembeskan hormon kortikoid dan mengawal atur pertumbuhan korteks adrenal
|
|
Oksitosin
Organ/tisu sasaran: otot uterus dan kelenjar susu
Fungsi: merangsang pengecutan uterus semasa melahirkan dan merangsang kelenjar susu untuk merembeskan susu
|
|
Hormon antidiuresis (ADH)
Organ/tisu sasaran: ginjal
Fungsi: merangsang ginjal untuk menyerap semula air dan mengurangkan penghasilan air kencin
|
|
Prolaktin
Organ/tisu sasaran: kelenjar susu
Fungsi: merangsang kelenjar susu untuk merembeskan susu
|
|
Tiroksina
Organ/tisu sasaran: semua tisu
Fungsi: merangsang, mengekalkan kadar metabolisme dalam badan dan mengawal pertumbuhan fizikal dan pertumbuhan normal otak
|
|
Insulin
Organ/tisu sasaran: hati, otot dan tisu adipos
Fungsi: merendahkan paras glukosa dalam darah dengan merangsang pengambilan glukosa ke dalam sel untuk metabolisme dan menukarkannya kepada glikogen
|
|
Glukagon
Organ/tisu sasaran: hati, otot dan tisu adipos
Fungsi: meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan merangsang penukaran glikogen kepada glukosa
|
|
Adrenalin
organ/tisu sasaran: jantung, hati dan otot
Fungsi: meningkatkan paras glukosa dalam darah dan meningkatkan aktiviti metabolisme seperti kadar degupan jantung, kadar pernafasan, vasodilasi dan vasokonstriksi salur darah untuk menyediakan badan semasa berada dalam situasi cemas
|
|
Aldosteron
Organ/tisu sasaran: ginjal
Fungsi: merangsang penyerapan garam mineral di dalam ginjal
|
|
Androgen
Organ/tisu sasaran: organ pembiakan
Fungsi: penting untuk mencapai akil baligh dan mengawal atur kematangan organ pembiakan dan perkembangan ciri seks sekunder
|
|
Kortisol
Organ/tisu sasaran: semua tisu
Fungsi: merangsang penukaran lipid dan protein kepada glukosa dan dihasilkan semasa keadaan cemas untuk meningkatkan paras gula dalam darah
|
|
Testosteron
Organ/tisu sasaran: organ pembiakan lelaki
Fungsi: merangsang penghasilan sperma dan merangsang perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki
|
|
Estrogen
Organ/tisu sasaran: organ pembiakan perempuan
Fungsi: merangsang perkembangan organ pembiakan perempuan, memabiki dan membina dinding uterus, dan merangsang ciri-ciri seks sekunder perempuan
|
|
Progesteron
Organ/tisu sasaran: uterus
Fungsi: mengekalkan penebalan dinding uterus untuk penempelan embrio
|
|
Koordinasi sistem saraf dan sistem endokrin dalam keadaan cemas:
- Rangsangan (takut) berlaku
- Impuls saraf dihantar ke sistem saraf pusat
- Sistem saraf pusat memproses maklumat tersebut
- Denyutan jantung meningkat
- Tekanan darah meningkat
- Kadar metabolisme meningkat
- Paras gula dalam darah meningkat
- Penghasilan tenaga meningkat
- Otot rangka menggunakan tenaga untuk mengatasi keadaan cemas
|
|
Perbandingan antara sistem saraf dan sistem endokrin: |
|