Gizi Seimbang

9.6 Gizi Seimbang
 
Imej ini menerangkan konsep Diet Seimbang dengan empat perkara utama:  Definisi: Diet yang mengandungi tujuh kelas makanan (karbohidrat, protein, lipid, vitamin, garam mineral, serat, dan air) dalam kadar yang betul. Nilai Tenaga Makanan: Diukur dalam kilojoule atau kalori. Formula: Nilai tenaga (kJ/g) = (Jisim air x Peningkatan suhu x 4.2) ÷ Jisim sampel makanan. Vitamin C dalam Buah/Sayur: Kandungan nutrien berbeza mengikut jenis makanan. Vitamin C sensitif kepada suhu tinggi dan memerlukan penyimpanan yang betul. Pengubahsuaian Diet: Bergantung pada gaya hidup, kesihatan, dan keperluan pemakanan. Contoh: Gunakan “Pinggan Sihat Malaysia untuk hidangan seimbang. Bahagian tengah imej menekankan Diet Seimbang, dan bahagian bawah memaparkan logo Pandai.
 
Nilai Tenaga dalam Sampel Makanan
  • Gizi seimbang merujuk kepada gizi yang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan (karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, serat dan air) salam kadar yang betul dan kuantiti yang seimbang mengikut keperluan seseorang individu supaya kesihatan yang optimum dapat dipelihara.
  • Nilai tenaga ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dioksidakan dengan lengkap.
  • Nilai tenaga dalam makanan boleh diukur dalam bentuk tenaga haba iaitu dalam unit kilojoule per gram (\(\text{kJg}^{-1}\)).
  • Unit lain bagi tenaga haba ialah kalori.
  • 1 kalori atau 4.2 joule ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celsius (°C) pada tekanan 1 atmosfera.
  • Formula nilai tenaga makanan (\(\text{kJg}^{-1}\)):
 
\(\text{Nilai tenaga makanan}\space \text{(kJg)}^{-1}\)\(\dfrac{\text{a (g)}\times4.2\\ \space \times\space\text{b}}{\text{c (g)} \times 1000}\)

Dimana:

  • a: Jisim air.
  • b: Peningkatan suhu air (°C).
  • c: Jisim sampel makanan.
 
Kandungan Vitamin C dalam Jus Buah-Buahan atau Sayur-Sayuran
  • Kandungan nutrien dalam makanan yang berlainan adalah berbeza-beza.
  • Misalnya, kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah berbeza-beza.
  • Salah satu faktor yang mempengaruhi kemerosotan kandungan vitamin C ialah suhu.
  • Oleh itu, buah-buahan atau sayur-sayuran perlu disimpan pada julat suhu yang sesuai supaya kandungan vitamin C dapat dipelihara.
 
\(\text{Peratus vitamin C}\) = \(\dfrac{\text{a}}{\text{b}}\times0.1\%\)

Dimana:

  • a: Isi padu larutan asid askorbik.
  • b: Isi padu jus yang digunakan.
 
\(\text{Kepekatan vitamin C (mg ml)}^{-1}\) = \(\dfrac{\text{a}}{\text{b}}\times1.0\%\)

Dimana:

  • a: Isi padu asid askorbik.
  • b: Isi padu jus yang digunakan.
 
Pengubahsuaian Diet bagi Individu Tertentu
  • Gizi seimbang bagi setiap individu berubah mengikut gaya hidup, keadaan kesihatan dan keperluan nutrien khusus masing-masing.
  • Setiap individu perlu membuat pilihan bijak berdasarkan panduan pemakanan.
  • Contohnya, cadangan keperluan nutrien boleh berpandukan kepada Pinggan Sihat Malaysia.
  • Pinggan Sihat Malaysia menggambarkan kuantiti relatif pelbagai kelas makanan dalam gizi seimbang.
  • Pengambilan makanan berlebihan yang juga kaya dengan lemak tepu boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kardiovaskular.