Asimilasi

9.4 Asimilasi
 
Imej ini menerangkan proses asimilasi, dibahagikan kepada lima kategori:  Sistem Peredaran Darah: Salur darah menghantar nutrien ke hati, dan sistem limfa membawa lemak ke dalam aliran darah. Fungsi Hati: Memproses nutrien, menyingkirkan toksin, dan menyimpan lebihan nutrien seperti glikogen. Asimilasi di Hati: Asid amino membentuk protein atau ditukar menjadi urea jika tidak diperlukan. Glukosa disimpan sebagai glikogen atau ditukar menjadi lemak jika berlebihan. Asimilasi dalam Sel: Nutrien digunakan untuk pertumbuhan, tenaga, dan pembaikan. Lemak dan glukosa menyediakan tenaga apabila diperlukan. Proses Tenaga: Tenaga daripada glukosa dan lemak digunakan untuk aktiviti sel seperti sintesis protein dan pembaikan tisu.
 
Peranan Sistem Peredaran
  • Sistem peredaran manusia terdiri daripada sistem peredaran darah dan sistem limfa yang membantu mengangkut nutrien untuk diasimilasikan.
  • Dalam proses asimilasi yang berlaku di dalam sel, nutrien digunakan untuk membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur.
  • Kapilari-kapilari darah di usus kecil bergabung membentuk vena portal hepar yang membawa darah ke hati.
  • Lakteal-lakteal pula bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam rangkaian sistem limfa.
  • Seterusnya, kandungan salur limfa memasuki duktus toraks yang kemudiannya mengalir ke dalam vena subklavikel kiri.
  • Lipid diangkut oleh darah ke semua sel badan.
 
Fungsi Hati dalam Asimilasi Makanan Tercerna
  • Hati merupakan pusat kawal atur yang mengawal kuantiti nutrien yang masuk ke dalam sistem peredaran darah.
  • Hati menjalankan fungsi berikut:
Metabolisme Makanan Tercerna
  • Glukosa digunakan untuk respirasi sel.
  • Asid amino digunakan untuk sintesis protein plasma dan enzim.
  • Melalui prose pendeaminan, asid amino yang berlebihan ditukar menjadi urea untuk dikumuhkan melalui air kencing.
Penyahtoksinan
  • Sel hati menyingkirkan bahan yang toksik daripada darah.
  • Bahan toksik disingkirkan melalui air kencing.
Penyimpanan Nutrien
  • Glukosa yang berlebihan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan.
 
Proses Asimilasi dalam Hati
Asid amino
  • Hati mensintesis protein plasma dan enzim daripada asid amino.
  • Asid amino berlebihan tidak boleh disimpan di dalam badan dan akan diuraikan oleh hati melalui proses pendeaminaan untuk menjadi urea dan disingkirkan.
  • Apabila bekalan glukosa tidak mencukupi, hati menukarkan asid amino kepada glukosa.
Glukosa
  • Glukosa dalam hati digunakan untuk respirasi sel mengikut keperluan badan, dan selebihnya ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam hati.
  • Apabila aras glukosa dalam darah menurun dan badan memerlukan tenaga, glikogen ditukar kepada glukosa.
  • Apabila simpanan glikogen mencapai tahap maksimum, glukosa berlebihan ditukar menjadi lemak.
 
Proses Asimilasi dalam Sel
Asid Amino
  • Asid amino digunakan untuk mensintesis protoplasma baharu dan juga membaiki tisu yang rosak.
  • Asid amino dikgunakan untuk sintesis hormon dan enzim.
Glukosa
  • Glukosa dioksidakan melalui respirasi sel untuk membebaskan tenaga, air dan karbon dioksida.
  • Glukosa berlebihan disimpan sebagai glikogen dalam otot.
  • Tenaga digunakan untuk proses sel seperti sintesis protein.
Lipid
  • Lipid seperti fosfolipid dan kolesterol ialah komponen utama yang membina membran plasma.
  • Lemak yang berlebihan disimpan dalam tisu adipos yang terdapat di bawah kulit sebagai tenaga simpanan.
  • Dalam keadaan kekurangan glukosa, lemak dioksidakan untuk membebaskan tenaga.