Pencernaan

9.2 Pencernaan
 
Imej ini ialah peta minda tentang Proses Pencernaan, dengan empat cabang: 1. Jenis Pencernaan.Pencernaan fizikal: Memecahkan makanan kepada kepingan kecil. Pencernaan kimia: Menguraikan makanan kepada molekul mudah dengan enzim. 2. Pencernaan di Mulut.Amilase air liur menguraikan kanji kepada maltosa. Makanan membentuk bolus untuk ditelan. 3. Pencernaan di Perut. Pepsin menguraikan protein kepada polipeptida. Asid hidroklorik menyediakan pH berasid dan membunuh bakteria. 4. Duodenum ialah bahagian pertama usu kecil yang menerima kim daripada perut. Amilase pankreas menghidrolisis kanji kepada maltosa di dalam duodenum.
 
Jenis Pencernaan
  • Pencernaan ialah proses penguraian butiran makanan besar dan kompleks kepala butiran kecol yang ringkas dan terlarut supaya mudah diserap.
  • Pencernaan terdiri daripada dua bahagian iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
 
Pencernaan Karbohidrat Dalam Mulut
  • Proses pencernaan bermula di dalam mulut.
  • Kehadiran makanan di dalam mulut merangsang perembesan air liur oleh kelenjar air liur.
  • Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi maltosa.
  • pH air liur berada dalam julat 6.5-7.5, iaitu sesuai untuk amilase air liur bertindak dengan optimum.
  • Air liur membantu makanan membentuk bolus dan menjadikannya lebih mudah untuk ditelan.
  • Semasa penelanan, epiglotis akan menutup bukaan trakea supaya makanan tidak termasuk ke dalam trakea.
  • Dalam esofagus, bolus makanan digerakkan secara peristalsis.
  • Peristalsis ialah tindakan pengecutan dan pengenduran otot secara beritma di sepanjang salur alimentari.
  • Peristalsis menolak bolus melalui esofagus sehingga memasuki perut.
 
Pencernaan Protein Dalam Perut
  • Permukaan dalam dinding perut dilapisi oleh sel epitelium yang mengalami pengubahsuaian struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar gaster.
  • Sel-sel epitelium ini terdiri daripada sel utama, sel parietal dan sel mukus.
  • Sel utama merembeskan pepsinogen.
  • Sel parietal merembeskan asid hidroklorik.
  • Sel mukus merembaskan mukus.
  • Pepsinogen ialah enzim tidak aktif yang akan diaktifkan oleh asid hidroklorik untuk menjadi enzim pepsin.
  • Enzim pepsin kemudiannya menghidrolisis protein menjadi polipeptida.
  • Fungsi asid hidroklorik adalah untuk:
    • Menyediakan medium dengan pH yang sesuai (pH 1.5-2.0) untuk tindakan enzim pepsin.
    • Menghentikan tindakan enzim amilase air liur.
    • Membunuh bakteria dalam makanan.
  • Mukus berfungsi melindungi dinding perut daripada tindakan asid hidroklorik dan enzim pencernaan.
  • Makanan dalam perut bercampur dengan jus gaster yang terdiri daripada asid hidroklorik dan enzim pepsin.
  • Makanan digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut selama beberapa jam.
  • Kandungan dalam perut akhirnya kepada bentuk separa cair yang disebut kim.
  • Kim akan memasuki duodenum dengan perlahan-lahan apabila otot sfinkter mengendur.
 
Pencernaan Karbohidrat, Protein dan Lipid Dalam Usus Kecil
  • Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum yang berlingkar.
  • Duodenum ialah bahagian pertama usu kecil yang menerima kim daripada perut.
  • Duodenum juga menerima hempedu yang dihasilkan oleh hati dan jus pankreas yang dirembeskan oleh pankreas.
  • Pankreas merembeskan enzim amilase pankreas, tripsin dan lipase ke dalam duodenum melalui duktus pankreas.
  • Hati menghasilkan hempedu.
  • Pundi hempedu menyimpan hempedu.
  • Fungsi hempedu:
    • Meneutralkan kim yang berasid.
    • Menyediakan keadaan beralkali (pH 7.6-8.6) untuk tindakan enzim dalam duodenum.
    • Mengemulsikan lipid dengan memecahkan lipid kepada titisan-titsan halus bagi menambahkan luas permukaan untuk tindakan enzim lipase.
  • Dalam duodenum:
    • Amilase pankreas menghidrolisis kanji kepada maltosa.
    • Tripsin menghidrolisis polipeptida menjadi peptida yang lebih pendek.
    • Lipase menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol.
  • Kelenjar pada dinding ileum merembeskan mukus dan jus usus yang mengandungi enzim-enzim maltase, sukrase, laktase, lipase dan erepsin.
  • Medium beralkali dalam ileum membolehkan enzim-enzim bertindak secara optimum.
Pencernaan Karbohidrat
  • Maltase menghidrolisis maltosa kepada glukosa.
  • Sukrase menghidrolisis sukrosa kepada glukosa dan fruktosa.
  • Laktase menghidrolisis laktosa kepada glukosa dan galaktosa.
Pencernaan Lipid

Pencernaan Protein
  • Erepsin menghidrolisis peptida kepada asid amino.