Peranan Rukun Negara

3.4   Peranan Rukun Negara
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang bertajuk ‘Peranan Rukun Negara.’ Di tengah-tengah carta terdapat bulatan merah dengan teks ‘Peranan Rukun Negara.’ Terdapat enam anak panah yang menghala keluar dari bulatan tersebut, setiap satu menuju ke kotak yang mengandungi teks yang berbeza. Kotak-kotak ini mengandungi peranan-peranan berikut: 1. Meraikan Kepelbagaian Agama dan Kepercayaan. 2. Membentuk Jati Diri Masyarakat Malaysia. 3. Menerapkan Nilai Murni. 4. Mengukuhkan Perpaduan Masyarakat. 5. Memupuk Sikap Menghormati Undang-undang
 
Meraikan Kepelbagaian Agama dan Kepercayaan

Prinsip kepercayaan kepada Tuhan:

  • membentuk masyarakat yang patuh akan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing.
  • mempunyai sikap rendah diri, sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
  • dapat mengelakkan perasaan dengki, khianat, amalan rasuah, penyalahgunaan dadah dan keruntuhan moral.
 
Membentuk Masyarakat Malaysia yang Patriotik
  • dapat melahirkan rakyat yang taat setia dan sanggup berkorban demi negara.
  • melahirkan rakyat yang menghormati lambang kedaulatan negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku.
 
Memupuk Sikap Menghormati Undang-undang
  • membimbing rakyat daripada terlibat dengan kegiatan jenayah yang menggugat keselamatan negara kita.
  • mewujudkan keamanan dan kesejahteraan.
 
Mengukuhkan Perpaduan Masyarakat
  • mengamalkan semangat permuafakatan dan bersikap toleransi.
  • memahami dan menghormati budaya kaum lain melalui Rukun Negara.
 
Menerapkan Nilai Murni
  • mempunyai nilai kesopanan yang tinggi dan berbudi pekerti mulia.
  • mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
 
Membentuk Jati Diri Masyarakat Malaysia
  • Jati diri yang unggul berperanan untuk membentuk individu yang mempunyai integriti.
  • mempengaruhi kecemerlangan dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan.
  • dapat menghindari kita daripada melakukan amalan negatif.